Berita Terkini 26 Aug, 2021

Berita Terkini| 44 guru di Melaka belum divaksin! Usaha dekati cikgu bagi pujuk terima suntikan

@news editor 1
Semua kenyataan media/press releases boleh di emel ke editor@reporters.com

Share this


KIRA-KIRA 41 guru di Melaka dikesan menolak pemberian suntikan vaksin Covid-19, kata Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan negeri, Datuk Noor Effandi Ahmad.

Dalam tempoh sebulan ini pihaknya bersama Jabatan Pendidikan Negeri Melaka (JPNM) akan mengambil langkah mendekati semua guru terbabit supaya dapat menerima vaksin.

“Sesi libat urus akan diadakan pihaknya bersama JPNM bagi mendekati guru terbabit supaya bersetuju menerima vaksin dalam tempoh terdekat.

"Berdasarkan data, terdapat 13,800 guru di negeri ini dan daripada jumlah itu, kira-kira 0.2 peratus dalam kalangan mereka enggan divaksin. Mereka ini saya tidak mahu melabelkan sebagai antivaksin, mungkin mereka tidak faham atau belum terbuka hati lagi," katanya seperti dipetik daripada laporan Berita Harian, Khamis, 28 Ogos 2021.

Setakat ini, 94 peratus guru di Melaka sudah menerima sekurang-kurangnya satu dos suntikan vaksin, manakala 479 sedang menunggu janji temu.

Noor Effandi berkata, semua guru perlu memainkan peranan dalam menjayakan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) memandangkan sekolah dijangka akan dibuka secara berperingkat-peringkat mulai awal Oktober. - KitaReporters


0
0
0
0
0
You will be interested

Berita Terkini| Suntikan vaksin guna picagari kosong! Penyuntik tersilap! CITF-A pohon maaf!

Proses vaksinasi ke atas seorang remaja berusia 12 tahun gunakan picagari kosong berpunca akibat petugas kesihatan tersilap ambil picagari masih belum digunakan

News Editor 2 in Berita Terkini 3 years ago

Berita Terkini| Sesi persekolahan bermula di 3 negeri! Libatkan pelajar SPM, STPM,PPKI dan MBK!

SESI persekolahan secara bersemuka bermula di Terengganu, Kelantan dan Langkawi, Kedah hari ini, selepas enam bulan sekolah di seluruh negara ditutup
News Editor 1 in Berita Terkini 3 years ago

Berita Terkini| 69 kampung orang Asli Pahang terima Internet|Pelaksanaan projek bermula minggu ini!

SEBANYAK 69 kampung orang asli seluruh Pahang bakal menjalani kehidupan lebih se
News Editor 1 in Berita Terkini 3 years ago

Berita Terkini| Pesakit Covid-19 mahu lari tapi terperangkap! Nasib baik diselamat pasukan bomba!

TINDAKAN seorang pesakit COVID-19 yang cuba melarikan diri bertukar cemas apabila terperangkap di tingkat satu Hospital Keningau, Sabah, awal pagi Ahad.
News Editor 1 in Berita Terkini 3 years ago

Berita Terkini| SPRM perlu kaedah baharu cegah rasuah! Tangani ketirisan libatkan dana kerajaan!

PENDEKATAN penguatkuasaan undang-undang mencegah rasuah perlu selaras dengan peredaran masa, pembangunan negara, perkembangan ekonomi dan politik
News Editor 1 in Berita Terkini 3 years ago