Berita Terkini 28 Aug, 2021

Berita Terkini| Kemasukan pesakit kategori empat ke MAEPS berkurangan! Bukti keberkesanan PICK!

@news editor 1
Semua kenyataan media/press releases boleh di emel ke [email protected]

Share this


JUMLAH kemasukan pesakit kategori empat ke Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC) Taman Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (MAEPS), Serdang menunjukkan berkurangan yang ketara berbanding tempoh tiga minggu lalu.

Pengarah PKRC MAEPS, Dr Shahabuddin Ibrahim berkata ketika ini, seramai 109 pesakit kategori empat berada di kemudahan itu berbanding purata kemasukan pesakit antara 450 dan 500 pesakit kategori empat sebelum ini.

“Jumlah tertinggi kemasukan pesakit kategori empat adalah seramai 525 orang pada 8 Ogos 2021 lalu.

"Ini menunjukkan pengurangan sangat ketara di sini (PRKC MAEPS) berbanding purata pesakit kategori empat iaitu seramai 450 hingga 500 orang pada tiga minggu lalu.Pesakit juga kurang memerlukan bantuan oksigen berbanding dahulu. Alhamdulillah," katanya seperti dipetik Berita Harian, Sabtu, 28 Ogos 2021.

Sejak seminggu kebelakangan ini, beberapa hospital sekitar Lembah Klang yang menjadi pusat rawatan Covid-19 melaporkan penggunaan katil untuk pesakit kritikal semakin berkurangan berbanding awal Julai lalu, yang kebanyakannya mencapai penggunaan kapasiti sepenuhnya.

Keadaan itu antara lain membuktikan keberkesanan Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK), selain keadaan yang terkawal di hospital terbabit. - KitaReporters


 

0
0
0
0
0
You will be interested

Berita Terkini| Suntikan vaksin guna picagari kosong! Penyuntik tersilap! CITF-A pohon maaf!

Proses vaksinasi ke atas seorang remaja berusia 12 tahun gunakan picagari kosong berpunca akibat petugas kesihatan tersilap ambil picagari masih belum digunakan

News Editor 2 in Berita Terkini 3 years ago

Berita Terkini| Sesi persekolahan bermula di 3 negeri! Libatkan pelajar SPM, STPM,PPKI dan MBK!

SESI persekolahan secara bersemuka bermula di Terengganu, Kelantan dan Langkawi, Kedah hari ini, selepas enam bulan sekolah di seluruh negara ditutup
News Editor 1 in Berita Terkini 3 years ago

Berita Terkini| 69 kampung orang Asli Pahang terima Internet|Pelaksanaan projek bermula minggu ini!

SEBANYAK 69 kampung orang asli seluruh Pahang bakal menjalani kehidupan lebih se
News Editor 1 in Berita Terkini 3 years ago

Berita Terkini| Pesakit Covid-19 mahu lari tapi terperangkap! Nasib baik diselamat pasukan bomba!

TINDAKAN seorang pesakit COVID-19 yang cuba melarikan diri bertukar cemas apabila terperangkap di tingkat satu Hospital Keningau, Sabah, awal pagi Ahad.
News Editor 1 in Berita Terkini 3 years ago

Berita Terkini| SPRM perlu kaedah baharu cegah rasuah! Tangani ketirisan libatkan dana kerajaan!

PENDEKATAN penguatkuasaan undang-undang mencegah rasuah perlu selaras dengan peredaran masa, pembangunan negara, perkembangan ekonomi dan politik
News Editor 1 in Berita Terkini 3 years ago