Berita Terkini 17 Aug, 2021

Berita Terkini| Penyu agar bertelur di Pantai Batu Buruk! Kembali setelah 16 tahun ‘merajuk’!

@news editor 2
Semua kenyataan media/press releases boleh di emel ke [email protected]

Share this

Aktivis pemuliharaan penyu mengutip telur penyu agar yang bertelur di Pantai Batu Buruk sebelum diserahkan kepada Jabatan Perikanan Negeri Terengganu. - Kredit foto: Bernama


SEEKOR penyu agar betina didapati bertelur di Pantai Batu Buruk, Kuala Terengganu pada 17 Ogos 2021 selepas 16 tahun reptilia berkenaan ‘merajuk’ dan tidak mendarat di pantai peranginan itu.

Kehadiran penyu dianggarkan berusia 15 hingga 18 tahun itu dilihat mendarat di kawasan berhampiran Hotel Primula kira-kira jam 6.50 petang sebelum turun semula ke laut sekitar jam 8 malam selepas selesai bertelur.

Menurut seorang saksi yang juga Pengarah Politeknik Besut,  Che Muktar Bakar, 57, penyu agar tersebut dilihatnya sewaktu sedang berjogging di kawasan persisir pantai berkenaan.

“Teruja juga apabila tiba-tiba melihat penyu naik ke darat, perlahan-lahan menuju ke arah pantai lalu mengorek pasir untuk bertelur.

“Saya sempat melihat proses penyu itu bertelur daripada jauh sehingga waktu maghrib (7.21 petang) dan difahamkan kembali semula ke laut lebih kurang setengah jam selepas itu,” katanya dipetik daripada laporan Kosmo pada 17 Ogos 2021.

Aktivis pemuliharaan penyu, Rani Awang berkata proses mengutip hampir 50 biji telur penyu agar berkenaan selesai dijalankan jam 11 malam dan diserahkan kepada pegawai Jabatan Perikanan Negeri Terengganu.

‘Saya tidak menolak kemungkinan faktor kualiti pantai mendorong penyu kembali bertelur di Pantai Batu Buruk memandangkan kini kawasan ini semakin bersih serta tenang tanpa kunjungan orang ramai ekoran pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP),” ujarnya. KitaReporters


 

 

0
0
1
0
0
You will be interested

Berita Terkini| Suntikan vaksin guna picagari kosong! Penyuntik tersilap! CITF-A pohon maaf!

Proses vaksinasi ke atas seorang remaja berusia 12 tahun gunakan picagari kosong berpunca akibat petugas kesihatan tersilap ambil picagari masih belum digunakan

News Editor 2 in Berita Terkini 3 years ago

Berita Terkini| Sesi persekolahan bermula di 3 negeri! Libatkan pelajar SPM, STPM,PPKI dan MBK!

SESI persekolahan secara bersemuka bermula di Terengganu, Kelantan dan Langkawi, Kedah hari ini, selepas enam bulan sekolah di seluruh negara ditutup
News Editor 1 in Berita Terkini 3 years ago

Berita Terkini| 69 kampung orang Asli Pahang terima Internet|Pelaksanaan projek bermula minggu ini!

SEBANYAK 69 kampung orang asli seluruh Pahang bakal menjalani kehidupan lebih se
News Editor 1 in Berita Terkini 3 years ago

Berita Terkini| Pesakit Covid-19 mahu lari tapi terperangkap! Nasib baik diselamat pasukan bomba!

TINDAKAN seorang pesakit COVID-19 yang cuba melarikan diri bertukar cemas apabila terperangkap di tingkat satu Hospital Keningau, Sabah, awal pagi Ahad.
News Editor 1 in Berita Terkini 3 years ago

Berita Terkini| SPRM perlu kaedah baharu cegah rasuah! Tangani ketirisan libatkan dana kerajaan!

PENDEKATAN penguatkuasaan undang-undang mencegah rasuah perlu selaras dengan peredaran masa, pembangunan negara, perkembangan ekonomi dan politik
News Editor 1 in Berita Terkini 3 years ago