Berita Terkini 20 Sep, 2021

Berita Terkini| Covid-19: Lebih 4k pelajar sekolah hilang ibu atau bapa! 154 jadi yatim piatu!

@news editor 2
Semua kenyataan media/press releases boleh di emel ke editor@kitareporters.com

Share this

Rina (duduk, kanan) pada 10 Ogos 2021 menziarahi lima beradik di  Flat Sri Perantau, Klang yang menjadi yatim piatu selepas ibu bapa mereka meninggal dunia akibat Covid-19. - Kredit foto: Kosmo


SERAMAI 4,422 murid sekolah yang mendaftar dengan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah kehilangan ibu atau bapa serta penjaga masing-masing sejak pandemik Covid-19 melanda negara ini.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rina Mohd Harun berkata daripada jumlah berkenaan 154 orang kini bergelar yatim piatu setelah kedua-dua ibu bapa mereka meninggal dunia.

“Pihak kementerian telah mengambil inisiatif memberi sokongan termasuk dalam bentuk pemberian kewangan bagi tampung keperluan hidup murid terbabit serta ahli keluarga. Bantuan diberikan adalah tabung bantuan segera serta bantuan kanak-kanak.

“Kadar bantuan bulanan di bawah skim bantuan kanak-kanak dan bantuan pesakit terlantar kendalian Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) juga dinaikkan oleh kerajaan seperti dibentangkan sewaktu pengumuman Belanjawan 2021.

"Kanak-kanak berusia bawah tujuh tahun layak menerima RM200 seorang, manakala yang berusia tujuh tahun ke atas  peroleh bantuan RM150 bagi seorang," katanya dipetik laporan Sinar Harian pada 20 September 2021.

Tambah Rina lagi, untuk pertama kali juga menerusi Belanjawan 2021 kadar bantuan maksimum kanak-kanak dinaikkan daripada RM450 sekeluarga kepada RM1,000 sekeluarga. - KitaReporters


13
12
0
13
0
You will be interested

Berita Terkini| Suntikan vaksin guna picagari kosong! Penyuntik tersilap! CITF-A pohon maaf!

Proses vaksinasi ke atas seorang remaja berusia 12 tahun gunakan picagari kosong berpunca akibat petugas kesihatan tersilap ambil picagari masih belum digunakan

News Editor 2 in Berita Terkini 2 years ago

Berita Terkini| Sesi persekolahan bermula di 3 negeri! Libatkan pelajar SPM, STPM,PPKI dan MBK!

SESI persekolahan secara bersemuka bermula di Terengganu, Kelantan dan Langkawi, Kedah hari ini, selepas enam bulan sekolah di seluruh negara ditutup
News Editor 1 in Berita Terkini 2 years ago

Berita Terkini| 69 kampung orang Asli Pahang terima Internet|Pelaksanaan projek bermula minggu ini!

SEBANYAK 69 kampung orang asli seluruh Pahang bakal menjalani kehidupan lebih se
News Editor 1 in Berita Terkini 2 years ago

Berita Terkini| Pesakit Covid-19 mahu lari tapi terperangkap! Nasib baik diselamat pasukan bomba!

TINDAKAN seorang pesakit COVID-19 yang cuba melarikan diri bertukar cemas apabila terperangkap di tingkat satu Hospital Keningau, Sabah, awal pagi Ahad.
News Editor 1 in Berita Terkini 2 years ago

Berita Terkini| SPRM perlu kaedah baharu cegah rasuah! Tangani ketirisan libatkan dana kerajaan!

PENDEKATAN penguatkuasaan undang-undang mencegah rasuah perlu selaras dengan peredaran masa, pembangunan negara, perkembangan ekonomi dan politik
News Editor 1 in Berita Terkini 2 years ago