Berita Terkini 11 Sep, 2021

Berita Terkini| KPDNHEP cadang subsidi untuk penternak ladang ayam? Kawal kenaikan harga ayam!

@news editor 2
Semua kenyataan media/press releases boleh di emel ke [email protected]

Share this

Gambar hiasan... Sistem subsidi kepada pengusaha ladang ternakan ayam dicadangkan bagi kawal kenaikan harga ayam. - Kredit foto: ayambismi.com


KEMENTERIAN Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) bercadang untuk melaksanakan sistem subsidi kepada pengusaha-pengusaha terbesar ladang ternakan ayam yang dikenal pasti.

Timbalan Menterinya, Datuk Rosol Wahid berkata cadangan berkenaan akan dikemukakan kepada 

Kementerian Kewangan (MOF) sebagai usaha mengawal kenaikan harga ayam di seluruh negara.

“Subsidi harga ini akan diberikan kepada 20 pengusaha ladang ayam yang telah dikenal pasti di tiga negeri iaitu Johor, Negeri Sembilan dan Perak  yang ketika ini membekalkan 80 peratus bekalan ke seluruh negara.

“Kita telah adakan pertemuan dengan penternak atau pengusaha ladang ternakan ayam berkenaan dan pihak KPDNHEP akan kemukan cadangan kepada MOF dalam masa terdekat ini,” katanya dipetik  oleh laporan Berita Harian 11 September 2021.

Tambah beliau, pihaknya optimis sistem subsidi bakal dilaksanakan itu mampu mengawal kenaikan harga ayam yang puratanya kini djual di pasar basah sejak kenaikan bermula awal September 2021 ini  pada harga RM9 hingga RM10.50 sekilogram. 

Katanya, kenaikan harga ayam dikenal pasti berpunca daripada beberapa faktor termasuk harga makanan ayam yang dikatakan meningkat (komponen makanan ayam seperti jagung dan soya) yang diimport dari luar negara). - KitaReporters


10
11
0
15
0
You will be interested

Berita Terkini| Suntikan vaksin guna picagari kosong! Penyuntik tersilap! CITF-A pohon maaf!

Proses vaksinasi ke atas seorang remaja berusia 12 tahun gunakan picagari kosong berpunca akibat petugas kesihatan tersilap ambil picagari masih belum digunakan

News Editor 2 in Berita Terkini 3 years ago

Berita Terkini| Sesi persekolahan bermula di 3 negeri! Libatkan pelajar SPM, STPM,PPKI dan MBK!

SESI persekolahan secara bersemuka bermula di Terengganu, Kelantan dan Langkawi, Kedah hari ini, selepas enam bulan sekolah di seluruh negara ditutup
News Editor 1 in Berita Terkini 3 years ago

Berita Terkini| 69 kampung orang Asli Pahang terima Internet|Pelaksanaan projek bermula minggu ini!

SEBANYAK 69 kampung orang asli seluruh Pahang bakal menjalani kehidupan lebih se
News Editor 1 in Berita Terkini 3 years ago

Berita Terkini| Pesakit Covid-19 mahu lari tapi terperangkap! Nasib baik diselamat pasukan bomba!

TINDAKAN seorang pesakit COVID-19 yang cuba melarikan diri bertukar cemas apabila terperangkap di tingkat satu Hospital Keningau, Sabah, awal pagi Ahad.
News Editor 1 in Berita Terkini 3 years ago

Berita Terkini| SPRM perlu kaedah baharu cegah rasuah! Tangani ketirisan libatkan dana kerajaan!

PENDEKATAN penguatkuasaan undang-undang mencegah rasuah perlu selaras dengan peredaran masa, pembangunan negara, perkembangan ekonomi dan politik
News Editor 1 in Berita Terkini 3 years ago