Berita Terkini 24 Jul, 2021

Berita Terkini| Pahang buka sektor pelancongan! Berperingkat-peringkat! Bermula Bukit Fraser!

@news editor 2
Semua kenyataan media/press releases boleh di emel ke editor@kitareporters.com

Share this

Gambar hiasan… Bukit Fraser dan Pulau Tioman antara lokasi awal akan dibuka setelah sektor pelancongan dibenarkan di Pahang. - Kredit foto: Internet 


BUKIT Fraser yang terletak di Raub, Pahang akan menjadi destinasi pertama dibuka kepada pengunjung setelah aktiviti gelembung pelancongan dibenarkan beroperasi kelak di negeri berkenaan.

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, Alam Sekitar, Perladangan dan Komoditi Pahang, Datuk Seri Mohd Sharkar Shamsudin berkata kerajaan negeri sudah bersedia membuka sektor tersebut secara berperingkat-peringkat mulai awal Ogos 2021.

“Sektor pelancongan di Pahang bakal dibuka setelah memenuhi kriteria ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN). Sebagai permulaan, gelembung pelancongan akan dimulakan di Bukit Fraser di Raub sebelum disusuli Pulau Tioman di Rompin.

“Semua prosedur operasi standard (SOP) membabitkan pembukaan sektor pelancongan di dua lokasi ini akan dijadikan sebagai rujukan bagi pembukaan sektor pelancongan di lokasi popular lain yang terdapat di Pahang ini.

“Kita akan buka sektor pelancongan secara berperingkat-peringkat, selepas itu pula disusuli kawasan lain seperti Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan (PKGK) Kuala Gandah, Taman Negara Kuala Tahan dan Taman Negeri yang lain,” katanya dipetik oleh laporan Utusan Malaysia, 24 Julai 2021.

Dalam perkembangan berkaitan, Mohd Sharkar memaklumkan semua pemain industri dan penduduk di kawasan Bukit Fraser dan Pulau Tioman dijangka selesai menerima dos kedua vaksin Covid-19 masing-masing pada minggu ini. - KitaReporters


 

1
0
0
0
0
You will be interested

Berita Terkini| Suntikan vaksin guna picagari kosong! Penyuntik tersilap! CITF-A pohon maaf!

Proses vaksinasi ke atas seorang remaja berusia 12 tahun gunakan picagari kosong berpunca akibat petugas kesihatan tersilap ambil picagari masih belum digunakan

News Editor 2 in Berita Terkini 8 months ago

Berita Terkini| Sesi persekolahan bermula di 3 negeri! Libatkan pelajar SPM, STPM,PPKI dan MBK!

SESI persekolahan secara bersemuka bermula di Terengganu, Kelantan dan Langkawi, Kedah hari ini, selepas enam bulan sekolah di seluruh negara ditutup
News Editor 1 in Berita Terkini 8 months ago

Berita Terkini| 69 kampung orang Asli Pahang terima Internet|Pelaksanaan projek bermula minggu ini!

SEBANYAK 69 kampung orang asli seluruh Pahang bakal menjalani kehidupan lebih se
News Editor 1 in Berita Terkini 8 months ago

Berita Terkini| Pesakit Covid-19 mahu lari tapi terperangkap! Nasib baik diselamat pasukan bomba!

TINDAKAN seorang pesakit COVID-19 yang cuba melarikan diri bertukar cemas apabila terperangkap di tingkat satu Hospital Keningau, Sabah, awal pagi Ahad.
News Editor 1 in Berita Terkini 8 months ago

Berita Terkini| SPRM perlu kaedah baharu cegah rasuah! Tangani ketirisan libatkan dana kerajaan!

PENDEKATAN penguatkuasaan undang-undang mencegah rasuah perlu selaras dengan peredaran masa, pembangunan negara, perkembangan ekonomi dan politik
News Editor 1 in Berita Terkini 8 months ago