Berita Terkini 14 Jul, 2021

Berita Terkini| Tembok pagar masjid diconteng! Marah bunyi azan kuat? Polis jalankan siasatan!

@news editor 2
Semua kenyataan media/press releases boleh di emel ke editor@kitareporters.com

Share this

Tembok pagar masjid di Ipoh yang disembur cat merah. - Kredit gambar: Media sosial 


POLIS kini menyiasat kejadian tembok pagar pintu sebuah masjid di Taman SPPK, Ipoh, Perak yang diconteng dengan ayat 'jangan buka bunyi terlalu kuat’ menggunakan semburan cat merah.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Yahaya Hassan berkata ia susulan laporan diterima polis daripada muazzin masjid berkenaan yang berusia 60 tahun pada 9.07 pagi, 13 Julai 2021.

"Berdasarkan laporan, semasa pengadu tiba di masjid itu pada jam 5.15 pagi didapati terdapat tulisan berwarna merah tertera ayat 'jangan buka bunyi terlalu kuat' pada tembok pagar utama masjid tersebut.

"Ketika menyedari kejadian itu hanya pengadu dan isterinya sahaja berada di kawasan itu. Pengadu memberitahu, setiap pagi dia akan memasang  bacaan al-Quran selama kira-kira 10 minit sebelum alunkan azan subuh.

"Pengadu turut memaklumkan sebelum ini, tiada individu mahupun kumpulan pernah menyatakan rasa tidak puas hati berhubung bunyi yang kuat dari masjid," katanya dipetik oleh laporan Bernama, 14 Julai 2021.

Tambah beliau, siasatan kini sedang dijalankan bagi mengesan pelaku terbabit dan kes disiasat mengikut Seksyen 295 Kanun Keseksaan atas kesalahan mencemarkan tempat ibadat. - KitaReporters 


1
1
1
0
3
You will be interested

Berita Terkini| Suntikan vaksin guna picagari kosong! Penyuntik tersilap! CITF-A pohon maaf!

Proses vaksinasi ke atas seorang remaja berusia 12 tahun gunakan picagari kosong berpunca akibat petugas kesihatan tersilap ambil picagari masih belum digunakan

News Editor 2 in Berita Terkini 2 years ago

Berita Terkini| Sesi persekolahan bermula di 3 negeri! Libatkan pelajar SPM, STPM,PPKI dan MBK!

SESI persekolahan secara bersemuka bermula di Terengganu, Kelantan dan Langkawi, Kedah hari ini, selepas enam bulan sekolah di seluruh negara ditutup
News Editor 1 in Berita Terkini 2 years ago

Berita Terkini| 69 kampung orang Asli Pahang terima Internet|Pelaksanaan projek bermula minggu ini!

SEBANYAK 69 kampung orang asli seluruh Pahang bakal menjalani kehidupan lebih se
News Editor 1 in Berita Terkini 2 years ago

Berita Terkini| Pesakit Covid-19 mahu lari tapi terperangkap! Nasib baik diselamat pasukan bomba!

TINDAKAN seorang pesakit COVID-19 yang cuba melarikan diri bertukar cemas apabila terperangkap di tingkat satu Hospital Keningau, Sabah, awal pagi Ahad.
News Editor 1 in Berita Terkini 2 years ago

Berita Terkini| SPRM perlu kaedah baharu cegah rasuah! Tangani ketirisan libatkan dana kerajaan!

PENDEKATAN penguatkuasaan undang-undang mencegah rasuah perlu selaras dengan peredaran masa, pembangunan negara, perkembangan ekonomi dan politik
News Editor 1 in Berita Terkini 2 years ago