Berita Terkini 29 Aug, 2021

Berita Terkini| Lajim Ukin meninggal! Akibat jangkitan Covid-19! Turut hidap penyakit kronik!

@news editor 2
Semua kenyataan media/press releases boleh di emel ke editor@kitareporters.com

Share this

Gambar kenangan... Datuk Seri Lajim Ukin (duduk) sewaktu hayatnya. - Kredit foto: FB Raudhatul Jannah


BEKAS Ahli Parlimen Beaufort, Sabah, Datuk Seri Lajim Ukin, 66, meninggal dunia di Hospital Pakar KPJ Sabah pada jam 6.23 pagi Sabtu, 29 Ogos 2021 akibat jangkitan Covid-19.

Beliau yang merupakan Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) disahkan positif Covid-19 pada 12 Ogos 2021 sebelum dimasukkan ke hospital swasta berkenaan sehari selepas itu.

Bagaimanapun, ekoran keadaan kesihatan kian merosot beliau yang turut menghidap penyakit kronik termasuk buah pinggang, jantung dan darah tinggi mula ditidurkan jam 2 petang pada 24 Ogos 2021.

Memetik laporan Utusan Malaysia siaran 29 Ogos 2021, perkara itu disahkan isterinya, Datin Seri Normilah Siong ketika dihubungi.

“Saya ada menerima panggilan daripada pihak hospital yang memaklumkan suami telah meninggal dunia jam 6.23 pagi.

“Jenazah beliau akan dibawa pulang ke Kampung Kebatu, Beaufort untuk dikebumikan,” katanya.

Untuk info, beliau merupakan bekas Ahli Parlimen Beaufort pada 2009-2012 dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Klias pada 2013-2016. 

Beliau juga  pernah memegang beberapa jawatan penting dalam Kabinet Persekutuan antaranya sebagai Timbalan Menteri Pengangkutan pada 2008-2009 dan Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan pada 2009-2012.

Selain itu, turut menjadi ketua pembangkang di Dewan Undangan Negeri Sabah pada 2013-2016 semasa beliau menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR). - KitaReporters


0
0
1
0
0
You will be interested

Berita Terkini| Suntikan vaksin guna picagari kosong! Penyuntik tersilap! CITF-A pohon maaf!

Proses vaksinasi ke atas seorang remaja berusia 12 tahun gunakan picagari kosong berpunca akibat petugas kesihatan tersilap ambil picagari masih belum digunakan

News Editor 2 in Berita Terkini 3 years ago

Berita Terkini| Sesi persekolahan bermula di 3 negeri! Libatkan pelajar SPM, STPM,PPKI dan MBK!

SESI persekolahan secara bersemuka bermula di Terengganu, Kelantan dan Langkawi, Kedah hari ini, selepas enam bulan sekolah di seluruh negara ditutup
News Editor 1 in Berita Terkini 3 years ago

Berita Terkini| 69 kampung orang Asli Pahang terima Internet|Pelaksanaan projek bermula minggu ini!

SEBANYAK 69 kampung orang asli seluruh Pahang bakal menjalani kehidupan lebih se
News Editor 1 in Berita Terkini 3 years ago

Berita Terkini| Pesakit Covid-19 mahu lari tapi terperangkap! Nasib baik diselamat pasukan bomba!

TINDAKAN seorang pesakit COVID-19 yang cuba melarikan diri bertukar cemas apabila terperangkap di tingkat satu Hospital Keningau, Sabah, awal pagi Ahad.
News Editor 1 in Berita Terkini 3 years ago

Berita Terkini| SPRM perlu kaedah baharu cegah rasuah! Tangani ketirisan libatkan dana kerajaan!

PENDEKATAN penguatkuasaan undang-undang mencegah rasuah perlu selaras dengan peredaran masa, pembangunan negara, perkembangan ekonomi dan politik
News Editor 1 in Berita Terkini 3 years ago