Berita Terkini 16 Sep, 2021

Berita Terkini| Jumlah Bantuan Wang Ihsan ditambah RM500! Jadi RM1k! Bantuan terjejas bencana!

@news editor 2
Semua kenyataan media/press releases boleh di emel ke [email protected]

Share this

Gambar hiasan... Kadar Bantuan Wang Ihsan bagi ketua isi rumah  yang terjejas ketika Monsun Timur Laut akan menerima RM1,000. Kredit foto: sumber internet


Kadar Bantuan Wang Ihsan (BWI) bagi ketua isi rumah yang terjejas ketika Monsun Timur Laut (MTL) atau bencana lain yang diisytiharkan oleh Jawatankuasa Pengurusan Bencana Pusat (JPBP) dinaikkan dari RM500 kepada RM1,000.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata inisiatif BWI membabitkan peruntukan lebih RM39.5 juta daripada Kumpulan Wang Amanah Bantuan Bencana Negara itu dijangka dapat meringankan beban lebih 39,100 ketua isi rumah.

"Mesyuarat  JPBP pada 13 September  2021 lalu bersetuju menaikkan kadar BWI dari RM500 kepada RM1,000 bagi setiap ketua isi rumah terjejas sama ada sewaktu Monsun Timur Laut atau yang terkesan dengan bencana-bencana lain yang diisytiharkan oleh JPBP.

"Keputusan menaikkan kadar bantuan  BWI ini membuktikan keprihatinan kerajaan terhadap mangsa bencana ditambah pula impak ekonomi rakyat akibat pandemik Covid-19,” katanya dalam satu kenyataan disiarkan oleh Berita Harian 16 September 2021.

Tambah beliau, pemberian BWI bagi mengurangkan beban ditanggung oleh rakyat terjejas dan bukannya bentuk pampasan atau ganti rugi terhadap kerosakan rumah dan harta benda yang dialami.

Katanya lagi, atas dasar prihatin dan tanggungjawab kepada kerajaan negeri yang hadapi kesukaran menguruskan bencana MTL sepanjang tahun, peruntukan Perbelanjaan Operasi Dalam MTL 2021/2022 juga akan disalur.

"Peruntukan itu menggunakan Kumpulan Wang Amanah Bantuan Bencana Negara berjumlah RM9.5 juta bagi membantu melancarkan proses sekali gus memastikan kebajikan rakyat terus dipelihara,”ujarnya. KitaReporters


12
14
0
17
0
You will be interested

Berita Terkini| Suntikan vaksin guna picagari kosong! Penyuntik tersilap! CITF-A pohon maaf!

Proses vaksinasi ke atas seorang remaja berusia 12 tahun gunakan picagari kosong berpunca akibat petugas kesihatan tersilap ambil picagari masih belum digunakan

News Editor 2 in Berita Terkini 3 years ago

Berita Terkini| Sesi persekolahan bermula di 3 negeri! Libatkan pelajar SPM, STPM,PPKI dan MBK!

SESI persekolahan secara bersemuka bermula di Terengganu, Kelantan dan Langkawi, Kedah hari ini, selepas enam bulan sekolah di seluruh negara ditutup
News Editor 1 in Berita Terkini 3 years ago

Berita Terkini| 69 kampung orang Asli Pahang terima Internet|Pelaksanaan projek bermula minggu ini!

SEBANYAK 69 kampung orang asli seluruh Pahang bakal menjalani kehidupan lebih se
News Editor 1 in Berita Terkini 3 years ago

Berita Terkini| Pesakit Covid-19 mahu lari tapi terperangkap! Nasib baik diselamat pasukan bomba!

TINDAKAN seorang pesakit COVID-19 yang cuba melarikan diri bertukar cemas apabila terperangkap di tingkat satu Hospital Keningau, Sabah, awal pagi Ahad.
News Editor 1 in Berita Terkini 3 years ago

Berita Terkini| SPRM perlu kaedah baharu cegah rasuah! Tangani ketirisan libatkan dana kerajaan!

PENDEKATAN penguatkuasaan undang-undang mencegah rasuah perlu selaras dengan peredaran masa, pembangunan negara, perkembangan ekonomi dan politik
News Editor 1 in Berita Terkini 3 years ago