Berita Terkini 09 Aug, 2021

Berita Terkini| Warga emas maut dipercayai dikelar suami sendiri! Ditemukan terbaring oleh cucu

@news editor 2
Semua kenyataan media/press releases boleh di emel ke [email protected]

Share this

Gambar hiasan... Polis turut merampas senjata dipercayai digunakan dalam kejadian dan menahan suami mangsa bagi bantu siasatan. - Kredit foto: www.123rf.com


SEORANG wanita warga emas berusia 74 tahun ditemukan mati dengan kesan kelar pada leher disyaki dibunuh oleh suaminya dalam kejadian di sebuah rumah dua tingkat di Taman Desa Cahaya, Gopeng pada 9 Ogos 2021.

Mangsa yang lumpuh separuh badan dan tinggal berdua bersama suaminya berusia 72 tahun ditemukan terbaring di atas katil dalam sebuah bilik tingkat bawah oleh cucu lelakinya sekitar jam 7.30 pagi.

Ketua Polis Daerah Kampar, Superintendan Hasron Nazri Hashim berkata terdahulu cucu mangsa yang berusia 26 tahun menerima panggilan daripada datuknya memaklumkan mangsa telah meninggal dunia.

“Cucunya dengan ditemani ibu dan adik telah pergi ke rumah terbabit dan menemui mangsa sudah tidak sedarkan diri dengan kesan kelar pada leher.

“Pihak polis bergegas ke lokasi sejurus mendapat maklumat kejadian dan hasil pemeriksaan tidak temui sebarang kesan pecah masuk di tempat kejadian.

“Hasil pemeriksaan ke atas mangsa menjumpai kesan kelar pada bahagian leher selain sebilah pisau turut ditemui di tepi mangsa dan dipercayai digunakan semasa kejadian,” katanya dipetik laporan Sinar Harian pada 9 Ogos 2021.

Ujar Hasron Nazri lagi, suami mangsa telah ditahan oleh polis bagi bantu siasatan dan merampas senjata tersebut bagi siasatan lanjut mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Tambahnya, bedah siasat ke atas mangsa akan dijalankan di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB), Ipoh dan setakat ini motif sebenar kejadian masih dalam siasatan. KitaReporters


 

0
0
0
1
0
You will be interested

Berita Terkini| Suntikan vaksin guna picagari kosong! Penyuntik tersilap! CITF-A pohon maaf!

Proses vaksinasi ke atas seorang remaja berusia 12 tahun gunakan picagari kosong berpunca akibat petugas kesihatan tersilap ambil picagari masih belum digunakan

News Editor 2 in Berita Terkini 3 years ago

Berita Terkini| Sesi persekolahan bermula di 3 negeri! Libatkan pelajar SPM, STPM,PPKI dan MBK!

SESI persekolahan secara bersemuka bermula di Terengganu, Kelantan dan Langkawi, Kedah hari ini, selepas enam bulan sekolah di seluruh negara ditutup
News Editor 1 in Berita Terkini 3 years ago

Berita Terkini| 69 kampung orang Asli Pahang terima Internet|Pelaksanaan projek bermula minggu ini!

SEBANYAK 69 kampung orang asli seluruh Pahang bakal menjalani kehidupan lebih se
News Editor 1 in Berita Terkini 3 years ago

Berita Terkini| Pesakit Covid-19 mahu lari tapi terperangkap! Nasib baik diselamat pasukan bomba!

TINDAKAN seorang pesakit COVID-19 yang cuba melarikan diri bertukar cemas apabila terperangkap di tingkat satu Hospital Keningau, Sabah, awal pagi Ahad.
News Editor 1 in Berita Terkini 3 years ago

Berita Terkini| SPRM perlu kaedah baharu cegah rasuah! Tangani ketirisan libatkan dana kerajaan!

PENDEKATAN penguatkuasaan undang-undang mencegah rasuah perlu selaras dengan peredaran masa, pembangunan negara, perkembangan ekonomi dan politik
News Editor 1 in Berita Terkini 3 years ago