Berita Terkini 22 Sep, 2021

Berita Terkini| Perbicaraan penuh kes kartel daging Dis 2021! Babitkan 2 pengarah, 1 pengurus!

@news editor 2
Semua kenyataan media/press releases boleh di emel ke editor@kitareporters.com

Share this

Gambar hiasan… Isu kartel daging menggemparkan negara sejak dilaporkan pada Disember 2020. - Kredit foto: mykhilafah.com


PERBICARAAN penuh kes kartel daging yang menggemparkan negara sejak dilaporkan media pada akhir tahun 2020 akan diadakan pada 14 hingga 16 Disember 2021.

Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Rosol Wahid berkata perbicaraan membabitkan sebuah syarikat bersama dua pengarah dan pengurusnya, yang didakwa atas 21 pertuduhan.

“Pertuduhan berkenaan termasuk bagi kesalahan memiliki, menawarkan dan menggunakan logo halal palsu serta tanpa kelulusan untuk membekalkan daging sejuk beku.

“Mereka yang terlibat sebenarnya telah didakwa pada Februari 2021 di Mahkamah Sesyen, Johor Bahru.

“Sebagai perkembangan susulan pendakwaan itu, satu perbicaraan penuh akan diadakan selama tiga hari pada Disember 2021 nanti,” katanya dipetik laporan Sinar Harian bertarikh 22 September 2021.

Sementara itu, untuk info pada 2 Disember 2020, media melaporkan mengenai kewujudan kartel yang menyeludup daging sejuk beku dari China, Ukraine, Brazil dan Argentina.

Kartel berkenaan membungkus semula daging tersebut menggunakan logo halal sebelum menjualnya ke pasaran seluruh Malaysia. - KitaReporters


10
16
0
6
0
You will be interested

Berita Terkini| Suntikan vaksin guna picagari kosong! Penyuntik tersilap! CITF-A pohon maaf!

Proses vaksinasi ke atas seorang remaja berusia 12 tahun gunakan picagari kosong berpunca akibat petugas kesihatan tersilap ambil picagari masih belum digunakan

News Editor 2 in Berita Terkini 3 years ago

Berita Terkini| Sesi persekolahan bermula di 3 negeri! Libatkan pelajar SPM, STPM,PPKI dan MBK!

SESI persekolahan secara bersemuka bermula di Terengganu, Kelantan dan Langkawi, Kedah hari ini, selepas enam bulan sekolah di seluruh negara ditutup
News Editor 1 in Berita Terkini 3 years ago

Berita Terkini| 69 kampung orang Asli Pahang terima Internet|Pelaksanaan projek bermula minggu ini!

SEBANYAK 69 kampung orang asli seluruh Pahang bakal menjalani kehidupan lebih se
News Editor 1 in Berita Terkini 3 years ago

Berita Terkini| Pesakit Covid-19 mahu lari tapi terperangkap! Nasib baik diselamat pasukan bomba!

TINDAKAN seorang pesakit COVID-19 yang cuba melarikan diri bertukar cemas apabila terperangkap di tingkat satu Hospital Keningau, Sabah, awal pagi Ahad.
News Editor 1 in Berita Terkini 3 years ago

Berita Terkini| SPRM perlu kaedah baharu cegah rasuah! Tangani ketirisan libatkan dana kerajaan!

PENDEKATAN penguatkuasaan undang-undang mencegah rasuah perlu selaras dengan peredaran masa, pembangunan negara, perkembangan ekonomi dan politik
News Editor 1 in Berita Terkini 3 years ago