Berita Terkini 13 Nov, 2019

ULAR SAWA KENYANG TELAN KAMBING, KUCING

@asliza musa
Bekas wartawan Utusan Malaysia yang pernah berkhidmat di Kuala Lumpur sebelum dipindahkan ke cawangannya di Perak selama 10 tahun.

Share this
SEEKOR ular sawa sepanjang enam meter yang kekenyangan setelah menelan dua ekor kambing dan seekor kucing ditemukan dalam kandang kambing di Kopisan, Gopeng, Perak pada Selasa (12/11/2019) lalu. Ular seberat 80 kilogram itu bagaimanapun telah memuntahkan semula seekor daripada kambing yang ditelan, namun kambing tersebut sudah mati. : KitaReporters.com

Seekor ular sawa yang ditemukan melingkar di dalam kandang kambing di Kopisan dekat Gopeng.

Reptilia yang kelihatan agresif dan melawan ketika didekati itu, bagaimanapun berjaya ditangkap oleh pasukan bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Gopeng. 

Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Gopeng, Shahri Shaharudin berkata, kehadiran ular sawa itu disedari pemilik kandang tersebut sebelum menghubungi pasukan bomba pada pukul 8.40 pagi. 

Katanya, ular tersebut telah menelan dua ekor kambing dan seekor kucing, namun meluahkan semula seekor daripada kambing berkenaan setelah 'diganggu' anggota bomba. 

"Anggota kemudiannya menggunakan penjerut ular untuk menangkap reptilia berkenaan dengan mengambil masa kira-kira 15 minit walaupun pada mulanya ular itu agak agresif," katanya.

"Setelah ditangkap, ular sawa tersebut dibawa balik ke balai sebelum diserahkan kepada Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) untuk tindakan selanjutnya," katanya.

Tambah beliau, operasi menangkap ular tersebut disertai enam anggota dan tamat pada pukul 9.40 pagi.  -KitaReporters.com

Anggota bomba menangkap ular sawa yang telah menelan dua ekor kambing dan seekor kucing di kandang kambing di Kopisan dekat Gopeng

0
2
0
0
0
You will be interested

Berita Terkini| Suntikan vaksin guna picagari kosong! Penyuntik tersilap! CITF-A pohon maaf!

Proses vaksinasi ke atas seorang remaja berusia 12 tahun gunakan picagari kosong berpunca akibat petugas kesihatan tersilap ambil picagari masih belum digunakan

News Editor 2 in Berita Terkini 2 years ago

Berita Terkini| Sesi persekolahan bermula di 3 negeri! Libatkan pelajar SPM, STPM,PPKI dan MBK!

SESI persekolahan secara bersemuka bermula di Terengganu, Kelantan dan Langkawi, Kedah hari ini, selepas enam bulan sekolah di seluruh negara ditutup
News Editor 1 in Berita Terkini 2 years ago

Berita Terkini| 69 kampung orang Asli Pahang terima Internet|Pelaksanaan projek bermula minggu ini!

SEBANYAK 69 kampung orang asli seluruh Pahang bakal menjalani kehidupan lebih se
News Editor 1 in Berita Terkini 2 years ago

Berita Terkini| Pesakit Covid-19 mahu lari tapi terperangkap! Nasib baik diselamat pasukan bomba!

TINDAKAN seorang pesakit COVID-19 yang cuba melarikan diri bertukar cemas apabila terperangkap di tingkat satu Hospital Keningau, Sabah, awal pagi Ahad.
News Editor 1 in Berita Terkini 2 years ago

Berita Terkini| SPRM perlu kaedah baharu cegah rasuah! Tangani ketirisan libatkan dana kerajaan!

PENDEKATAN penguatkuasaan undang-undang mencegah rasuah perlu selaras dengan peredaran masa, pembangunan negara, perkembangan ekonomi dan politik
News Editor 1 in Berita Terkini 2 years ago