Timbalan Yang Dipertua MAIK Zulkifle Ab Rahman berkata, pemotongan gaji yang dimasukkan ke dalam Dana Awam Baitulmal dan setakat ini jumlah terkumpul lebih RM100,000
SERAMAI 382 kakitangan Majlis Agama Islam dan Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) mengambil inisiatif membuat pemotongan gaji bagi mengumpul dana untuk membantu seluruh golongan yang memerlukan di negeri berkenaan.
Timbalan Yang Dipertua MAIK Zulkifle Ab Rahman berkata,
pemotongan gaji yang dimasukkan ke dalam Dana Awam Baitulmal itu bermula pada
Januari 2021 dan setakat ini, jumlah dana yang terkumpul sudah melebihi
RM100,000.
“Konsep pemotongan gaji secara sukarela ini akan
berakhir sehingga kakitangan MAIK yang antaranya terdiri daripada pegawai dan
imam masjid di bandar negeri ini, sampai tempoh bersara.
“Gaji yang dipotong ini bukan untuk kakitangan tetapi
bagi membantu seluruh masyarakat yang memerlukan seperti asnaf termasuk orang bukan
Islam,” katanya seperti dipetik oleh Bernama
pada Sabtu, 17 Julai 2021.
Zulkifle berkata, inisiatif pemotongan gaji itu bukan sahaja usaha untuk membantu golongan terkesan susulan pandemik Covid-19, tetapi ia juga merangkumi semua aspek bantuan serta kebajikan. - KitaReporters