LABUAN
menjadi negeri pertama di
Malaysia yang mencapai imuniti kelompok apabila mencapai vaksinasi penuh 80
peratus populasi bagi membendung penularan Covid-19.
Pengerusi
CITF Labuan Rithuan Ismail berkata, sebanyak 54,800 daripada 68,500 penduduk daripada jumlah populasi yang layak untuk divaksin, telah
menerima dua dos vaksin.
“Pasukan
Petugas Khas Imunisasi Covid-19 (CITF) Labuan dan Jawatankuasa Pengurusan
Bencana Negeri (JPBN) Labuan menyifatkan program ini sebagai tugas yang sukar
tetapi mengakui kerjasama berpasukan yang hebat telah membuahkan kejayaan.
"Kami
gembira dapat mencapai imuniti kelompok tiga hari lebih awal daripada tarikh
sasaran iaitu 30 Julai 2021,”kata seperti dipetik Bernama pada Selasa, 27 Julai
2021.
Pencapaian
itu adalah kejayaan penduduk di pulau ini yang peka terhadap kepentingan
vaksinasi Covid-19, serta kerja berpasukan daripada pasukan petugas khas dan
masyarakat sebagai sukarelawan yang dinamakan Prihatin Volunteers Team (Privo).
"Jumlah penduduk yang divaksin pada Jun (2021) kurang daripada 14,000 tetapi meningkat dengan drastik kepada 40,800 dalam masa 37 hari dan (terus meningkat) hari ini," katanya. - KitaReporters