Berita Terkini 16 Aug, 2021

Berita Terkini| Agong terima peletakan jawatan Muhyiddin! Caretaker sehingga PM baharu dilantik!

@news editor 1
Semua kenyataan media/press releases boleh di emel ke editor@reporters.com

Share this


YANG di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, berkenan menerima peletakan jawatan Tan Sri Muhyidddin Yassin sebagai Perdana Menteri dan peletakan jawatan seluruh Jemaah Menteri berkuat kuasa serta merta.

Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara, Datuk Indera Ahmad Fadil Shamsuddin berkata, susulan peletakan jawatan itu, Seri Paduka turut berkenan supaya Muhyiddin menjalankan tugas sebagai Perdana Menteri caretaker (sementara) sehingga seorang Perdana Menteri baharu dilantik.

"Ini selaras Perkara 40(2)(a) dan 43(2)(a) Perlembagaan Persekutuan yang menyatakan Seri Paduka hendaklah melantik seorang Ahli Dewan Rakyat yang pada hemat baginda mungkin mendapat kepercayaan majoriti Ahli Dewan Rakyat sebagai Perdana Menteri baharu untuk mempengerusikan Jemaah Menteri.

"Seri Paduka turut menzahirkan penghargaan kepada Mahiaddin dan Jemaah Menteri atas khidmat bakti dan urus tadbir negara yang telah dilaksanakan di bawah Perikatan Nasional (PN) bermula 1 Mac 2020, khususnya dalam memerangi pandemik COVID-19.

"Selaku Ketua Utama Negara, Seri Paduka memahami dan menghormati sistem dan proses perundangan negara dan juga menghormati apa-apa keputusan yang dibuat oleh Mahiaddin berteraskan Keluhuran Perlembagaan Persekutuan dan Kedaulatan Undang-Undang," katanya dalam satu kenyataan, pada Isnin, 16 Ogos 2021.

Selaku ketua Utama Kerajaan, Yang di-Pertuan Agong memahami dan menghormati system dan proses perundangan negara dan menghormati keputusan yang dibuat berteraskan keluhuran Perlembagaan Persekutuan dan kedaulatan Undang-undang, menurut kenyataan itu lagi.

Sesi menghadap itu berlangsung di Istana Negara itu selama 30 minit bermula jam 12.30 tengah hari.

Dalam pada itu, Ahmad Fadil berkata, Yang di-Pertuan Agong turut berkenan menerima sembah maklum daripada Pengerusi SPR bahawa sehingga 10 Ogos lalu, sebanyak 484 atau 79 peratus daripada 613 kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) adalah zon merah COVID-19.

"Justeru pada hemat Seri Paduka, pelaksanaan Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) bukan satu pilihan yang terbaik atas faktor kemaslahatan dan keselamatan rakyat," katanya.

Ahmad Fadil berkata, Yang di-Pertuan Agong menzahirkan harapan agar kemelut politik yang berlarutan tanpa kesudahan yang telah mengganggu kelancaran tadbir urus negara ini dapat diakhiri demi kesejahteraan rakyat dan ekonomi negara yang diancam oleh pandemik COVID-19.

"Seri Paduka turut mengambil kesempatan ini menyeru seluruh rakyat agar bertenang dan bersama baginda mendoakan agar negara sentiasa berada di bawah lindungan Allah SWT, dijauhi daripada sebarang musibah dan wabak COVID-19 dapat dibendung serta diakhiri dengan segera," katanya. - Kitareporters



0
0
0
0
0
You will be interested

Berita Terkini| Suntikan vaksin guna picagari kosong! Penyuntik tersilap! CITF-A pohon maaf!

Proses vaksinasi ke atas seorang remaja berusia 12 tahun gunakan picagari kosong berpunca akibat petugas kesihatan tersilap ambil picagari masih belum digunakan

News Editor 2 in Berita Terkini 2 years ago

Berita Terkini| Sesi persekolahan bermula di 3 negeri! Libatkan pelajar SPM, STPM,PPKI dan MBK!

SESI persekolahan secara bersemuka bermula di Terengganu, Kelantan dan Langkawi, Kedah hari ini, selepas enam bulan sekolah di seluruh negara ditutup
News Editor 1 in Berita Terkini 2 years ago

Berita Terkini| 69 kampung orang Asli Pahang terima Internet|Pelaksanaan projek bermula minggu ini!

SEBANYAK 69 kampung orang asli seluruh Pahang bakal menjalani kehidupan lebih se
News Editor 1 in Berita Terkini 2 years ago

Berita Terkini| Pesakit Covid-19 mahu lari tapi terperangkap! Nasib baik diselamat pasukan bomba!

TINDAKAN seorang pesakit COVID-19 yang cuba melarikan diri bertukar cemas apabila terperangkap di tingkat satu Hospital Keningau, Sabah, awal pagi Ahad.
News Editor 1 in Berita Terkini 2 years ago

Berita Terkini| SPRM perlu kaedah baharu cegah rasuah! Tangani ketirisan libatkan dana kerajaan!

PENDEKATAN penguatkuasaan undang-undang mencegah rasuah perlu selaras dengan peredaran masa, pembangunan negara, perkembangan ekonomi dan politik
News Editor 1 in Berita Terkini 2 years ago