Berita Terkini 16 Sep, 2021

Berita Terkini| Sindiket menyamar sebagai ‘pegawai polis’! Guru rugi RM36k ditipu ‘Tuan Chong’!

@news editor 2
Semua kenyataan media/press releases boleh di emel ke [email protected]

Share this

Gambar hiasan... Mangsa terlebih dahulu dihubungi seorang wanita mendakwa wakil insurans sebelum panggilan disambung kepada pihak 'polis'. Kredit foto: Sumber internet


SEORANG guru berusia 52 tahun dari Jerantut, Pahang kerugian RM36,000 setelah ditipu sindiket yang menyamar sebagai pegawai polis dikenali sebagai ‘Tuan Chong’.

Terdahulu, mangsa yang didakwa oleh 'Tuan Chong' sebagai terlibat dalam pengubahan wang haram RM2.18 juta dikatakan akur dengan semua perintah pegawai polis itu termasuk membeli satu nombor baharu bagi mudah dihubungi serta elak dikesan dan ditangkap.

Ketua Siasatan Jenayah Komersial Pahang, Superintendan Mohd Wazir Mohd Yusof berkata kejadian  berlaku sejak awal September 2021 apabila mangsa menerima panggilan daripada Natasha Ismail iaitu wakil sebuah insurans.

“Suspek mendakwa mangsa ada membuat empat tuntutan membabitkan kemalangan berjumlah RM76,800 namun dinafikan guru berkenaan. Suspek kemudiannya memaklumkan ia adalah tuntutan palsu.

“Bagi membersihkan nama mangsa, suspek meminta maklumat peribadi mangsa yang selepas itu disambungkan kepada seorang anggota polis berpangkat sarjan.

“Mangsa diberitahu oleh ‘sarjan’ yang dirinya terlibat kes jenayah sindiket pengubahan wang haram.

"Panggilan kemudiannya disambungkan kepada pegawai polis dikenali sebagai ‘Tuang Chong’ serta 'Puan Yong',” katanya dipetik laporan Sinar Harian siaran 16 September 2021.

Tambah beliau, suspek mengarahkan mangsa supaya 'unlink' akaun dari Bank Islam ke Tabung Haji bagi membolehkan pihaknya menyiasat kemasukan wang haram serta meminta mangsa jadikan enam digit awal nombor kad pengenalan sebagai nombor pin kad bank tersebut.

Ujarnya lagi, mangsa diugut tidak memberitahu sesiapa perkara itu dan pada 15 September 2021, mangsa membuat semakan akaun Tabung Haji miliknya lalu mendapati sebanyak RM20,000 telah lesap.

“Mangsa turut membuat membuat semakan akaun Bank Rakyat dan mendapati kehilangan wang berjumlah RM16,000. Susulan itu, mangsa membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Jerantut selepas merasakan dirinya telah ditipu.

"Laporan polis itu juga sebagai perlindungan kerana mangsa risau tentang keselamatan diri, keluarga dan maklumat peribadi serta  takut sebarang kemungkinan pada kemudian hari. 

"Kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu,” ujar Mohd Wazir. -KitaReporters


6
23
0
15
0
You will be interested

Berita Terkini| Suntikan vaksin guna picagari kosong! Penyuntik tersilap! CITF-A pohon maaf!

Proses vaksinasi ke atas seorang remaja berusia 12 tahun gunakan picagari kosong berpunca akibat petugas kesihatan tersilap ambil picagari masih belum digunakan

News Editor 2 in Berita Terkini 3 years ago

Berita Terkini| Sesi persekolahan bermula di 3 negeri! Libatkan pelajar SPM, STPM,PPKI dan MBK!

SESI persekolahan secara bersemuka bermula di Terengganu, Kelantan dan Langkawi, Kedah hari ini, selepas enam bulan sekolah di seluruh negara ditutup
News Editor 1 in Berita Terkini 3 years ago

Berita Terkini| 69 kampung orang Asli Pahang terima Internet|Pelaksanaan projek bermula minggu ini!

SEBANYAK 69 kampung orang asli seluruh Pahang bakal menjalani kehidupan lebih se
News Editor 1 in Berita Terkini 3 years ago

Berita Terkini| Pesakit Covid-19 mahu lari tapi terperangkap! Nasib baik diselamat pasukan bomba!

TINDAKAN seorang pesakit COVID-19 yang cuba melarikan diri bertukar cemas apabila terperangkap di tingkat satu Hospital Keningau, Sabah, awal pagi Ahad.
News Editor 1 in Berita Terkini 3 years ago

Berita Terkini| SPRM perlu kaedah baharu cegah rasuah! Tangani ketirisan libatkan dana kerajaan!

PENDEKATAN penguatkuasaan undang-undang mencegah rasuah perlu selaras dengan peredaran masa, pembangunan negara, perkembangan ekonomi dan politik
News Editor 1 in Berita Terkini 3 years ago