TIMBALAN Menteri Sains Teknologi dan Inovasi, Datuk Ahmad Amzad Hashim berkata, pihaknya juga mengeluarkan garis panduan untuk golongan yang berumur 18 tahun mendapatkan vaksinasi Covid-19.
PELAJAR yang akan menduduki Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) dijangka menerima suntikan vaksin Covid-19 dalam masa terdekat.
Timbalan Menteri Sains Teknologi dan Inovasi, Datuk
Ahmad Amzad Hashim berkata, suntikan vaksin bagi pelajar menduduki
peperiksaan, yang memang dalam perancangan, akan disegerakan.
“Namun, tarikh khusus mengenai pelaksanaan suntikan
tersebut masih tidak ada, tetapi akan dilaksanakan dalam tempoh terdekat,” katanya
seperti dipetik oleh Kosmo pada
Khamis, 15 Julai 2021.
Pihaknya juga mengeluarkan garis
panduan untuk golongan yang berumur 18 tahun mendapatkan vaksinasi Covid-19.
Menurut Ahmad Amzad, calon STPM yang belum mencapai
umur 18 tahun mengikut tarikh lahir juga tetap dibenarkan mengambil suntikan.
“Walaupun tarikh lahir pada kad pengenalan masih belum cukup 18 tahun, tetapi dari segi tahun sudah berumur 18 tahun, mereka akan menerima vaksin dengan syarat mendapat kebenaran ibu bapa,” katanya. -KitaReporters