Berita Terkini 31 Aug, 2021

Berita Terkini| Gangguan bekalan air lagi di Selangor! 463 kawasan di 5 daerah akan terkesan!

@news editor 1
Semua kenyataan media/press releases boleh di emel ke editor@reporters.com

Share this


SEBANYAK 463 kawasan di lima daerah Selangor dijangka mengalami gangguan bekalan air tidak berjadual selepas Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Semenyih dihentikan tugas akibat pencemaran bau dikesan di Stesen Pam Air Mentah Jenderam Hilir, pada awal pagi Selasa, 31 Ogos 2021.

Pencemaran dikesan pada jam 11.10 pagi itu menjejaskan bekalan air di 172 kawasan di Petaling, manakala Hulu Langat (54), Sepang (194), Putrajaya (23) dan Kuala Langat (20).

Ketua Komunikasi Korporat Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor), Elina Baseri berkata, pengguna terkesan boleh mendapatkan senarai kawasan terbabit menerusi aplikasi serta laman sesawang www.airselangor.com.

Pihaknya ketika ini bekerjasama dengan Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) bagi mengenal pasti punca pencemaran air mentah di sepanjang Sungai Semenyih dan anak sungai sekitar kawasan itu.

"Air Selangor juga mengaktifkan Pelan Tindakan Kecemasan (ERP) bagi menyediakan bantuan bekalan air kecemasan kepada pengguna terkesan.

"Kita amat memahami situasi pengguna memerlukan air bersih terutama ketika peningkatan kes Covid-19. Air Selangor sedang mengambil segala usaha bagi meminimumkan impak gangguan kepada pengguna terjejas,” katanya dalam kenyataan pada Selasa, 31 Ogos 2021.

Dalam masa sama, Air Selangor akan memaklumkan perkembangan berkaitan insiden itu dari semasa ke semasa menerusi semua medium khususnya media massa.

“Orang ramai boleh merujuk semua saluran komunikasi rasmi Air Selangor seperti Facebook, Instagram dan Twitter, selain Pusat Perhubungan Air Selangor di talian 15300 untuk maklumat lanjut.

"Mereka juga boleh membuat pertanyaan dan aduan menerusi pautan www.airselangor.com dan aplikasi Air Selangor," katanya. - KitaReporters


0
0
0
0
0
You will be interested

Berita Terkini| Suntikan vaksin guna picagari kosong! Penyuntik tersilap! CITF-A pohon maaf!

Proses vaksinasi ke atas seorang remaja berusia 12 tahun gunakan picagari kosong berpunca akibat petugas kesihatan tersilap ambil picagari masih belum digunakan

News Editor 2 in Berita Terkini 2 years ago

Berita Terkini| Sesi persekolahan bermula di 3 negeri! Libatkan pelajar SPM, STPM,PPKI dan MBK!

SESI persekolahan secara bersemuka bermula di Terengganu, Kelantan dan Langkawi, Kedah hari ini, selepas enam bulan sekolah di seluruh negara ditutup
News Editor 1 in Berita Terkini 2 years ago

Berita Terkini| 69 kampung orang Asli Pahang terima Internet|Pelaksanaan projek bermula minggu ini!

SEBANYAK 69 kampung orang asli seluruh Pahang bakal menjalani kehidupan lebih se
News Editor 1 in Berita Terkini 2 years ago

Berita Terkini| Pesakit Covid-19 mahu lari tapi terperangkap! Nasib baik diselamat pasukan bomba!

TINDAKAN seorang pesakit COVID-19 yang cuba melarikan diri bertukar cemas apabila terperangkap di tingkat satu Hospital Keningau, Sabah, awal pagi Ahad.
News Editor 1 in Berita Terkini 2 years ago

Berita Terkini| SPRM perlu kaedah baharu cegah rasuah! Tangani ketirisan libatkan dana kerajaan!

PENDEKATAN penguatkuasaan undang-undang mencegah rasuah perlu selaras dengan peredaran masa, pembangunan negara, perkembangan ekonomi dan politik
News Editor 1 in Berita Terkini 2 years ago