Berita Terkini 08 Sep, 2021

Berita Terkini| Lembah Klang beralih ke Fasa 2 PPN! Putrajaya, KL, Selangor boleh rentas daerah!

@news editor 1
Semua kenyataan media/press releases boleh di emel ke [email protected]

Share this


LEMBAH Klang yang terdiri daripada Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya akan beralih ke Fasa 2 Pelan Pemulihan Negara (PPN) bermula Jumaat, 10 September 2021.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, Jawatankuasa Khas Pengurusan Pandemik Covid-19 yang bermesyuarat memutuskan Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya digabungkan sebagai satu kawasan jangkitan yang sama.

"Pergerakan antara negeri-negeri ini adalah dibenarkan dan tiada lagi sekatan jalan raya," katanya dalam satu kenyataan pada Rabu, 8 September 2021.

Antara kelonggaran yang diberikan ialah individu yang telah lengkap menerima suntikan dos vaksin dibenarkan merentas daerah selain suami isteri pasangan jarak jauh (PJJ) turut dibenarkan merentas negeri.

"Ibu bapa yang telah mendapat dua dos vaksin dibenarkan merentas negeri untuk berjumpa anak mereka yang berusia di bawah 18 tahun," jelas beliau.

Beliau berkata, makan di premis (dine-in) juga dibenarkan untuk pelanggan yang sudah lengkap dos vaksin.

"Aktiviti pelancongan hanya dibenarkan dalam negeri yang sama melibatkan penginapan di hotel dan homestay (rumah inap) bagi individu yang telah lengkap dua dos," katanya.

Ismail Sabri berkata, jawatankuasa turut bersetuju untuk melonggarkan prosedur operasi standard (SOP) bagi aktiviti sukan, riadah dan rekreasi untuk negeri-negeri yang berada di bawah Fasa 1 PPN.

Sementara itu, Menteri Wilayah, Datuk Seri Dr Shahidan Kassim berkata, Labuan pula akan dijadikan seperti Pulau Langkawi, Kedah yang dibuka semula di bawah program gelembung pelancongan mulai 16 September ini.

Bagaimanapun, beliau yang juga Pengerusi Pusat Pengurusan Krisis Covid-19 (CCMC) Wilayah Persekutuan mengingatkan masyarakat khususnya warga kota supaya kekal mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan kerajaan. - KitataReporters 


11
11
0
12
0
You will be interested

Berita Terkini| Suntikan vaksin guna picagari kosong! Penyuntik tersilap! CITF-A pohon maaf!

Proses vaksinasi ke atas seorang remaja berusia 12 tahun gunakan picagari kosong berpunca akibat petugas kesihatan tersilap ambil picagari masih belum digunakan

News Editor 2 in Berita Terkini 3 years ago

Berita Terkini| Sesi persekolahan bermula di 3 negeri! Libatkan pelajar SPM, STPM,PPKI dan MBK!

SESI persekolahan secara bersemuka bermula di Terengganu, Kelantan dan Langkawi, Kedah hari ini, selepas enam bulan sekolah di seluruh negara ditutup
News Editor 1 in Berita Terkini 3 years ago

Berita Terkini| 69 kampung orang Asli Pahang terima Internet|Pelaksanaan projek bermula minggu ini!

SEBANYAK 69 kampung orang asli seluruh Pahang bakal menjalani kehidupan lebih se
News Editor 1 in Berita Terkini 3 years ago

Berita Terkini| Pesakit Covid-19 mahu lari tapi terperangkap! Nasib baik diselamat pasukan bomba!

TINDAKAN seorang pesakit COVID-19 yang cuba melarikan diri bertukar cemas apabila terperangkap di tingkat satu Hospital Keningau, Sabah, awal pagi Ahad.
News Editor 1 in Berita Terkini 3 years ago

Berita Terkini| SPRM perlu kaedah baharu cegah rasuah! Tangani ketirisan libatkan dana kerajaan!

PENDEKATAN penguatkuasaan undang-undang mencegah rasuah perlu selaras dengan peredaran masa, pembangunan negara, perkembangan ekonomi dan politik
News Editor 1 in Berita Terkini 3 years ago