Berita Terkini 16 Aug, 2021

Berita Terkini| PLUS lakukan kerja-kerja penyelenggaraan sistem RFID! Di beberapa tol terpilih!

@news editor 1
Semua kenyataan media/press releases boleh di emel ke [email protected]

Share this

SISTEM RFID Touch ‘n Go dapat melancarkan aliran trafik di lorong tol sekali gus menjimatkan masa pengguna dalam menuju ke destinasi yang hendak dituju. - Kredit foto: Sinar Harian


PLUS Malaysia Berhad (PLUS) akan melakukan kerja penyelenggaraan sistem teknologi Radio Frequency Identification (Pengecaman Frekuensi Radio atau RFID) di beberapa plaza tol terpilih kendaliannya bermula 1 pagi hingga 4 pagi pada Selasa, 17 Ogos hingga Rabu,18 Ogos 2021 ini.

Ketua Pegawai Operasi PLUS Zakaria Ahmad Zabidi berkata, langkah itu adalah sebagai antara usaha berterusan untuk meningkatkan tahap keselesaan, keselamatan dan penambahbaikan pengalaman pengguna di sepanjang lebuh raya dikendalian pihaknya.

"Kerja-kerja penyelenggaraan itu akan membabitkan pengguna RFID di sembilan plaza tol dari Hutan Kampung ke Sungai Dua; Plaza Tol Jambatan Pulau Pinang; Plaza Tol Jitra; Plaza Tol Lebuh Raya Butterworth-Kulim (BKE)-Kubang Semang dan Lunas.

Selain itu, Plaza Tol Lebuh Raya Seremban-Port Dickson (SPDH)-Mambau dan Lukut; Plaza Tol Kempas serta Plaza Tol Lebuh Raya Laluan Kedua Malaysia-Singapura (Linkedua)-Perling, Lima Kedai dan Tanjung Kupang turut terlibat dalam kerja-kerja penyelenggaraan berkenaan.

"Penyelenggaraan dan penambahbaikan itu membabitkan peningkatan kemampuan Bekalan Kuasa Tanpa Gangguan (UPS) di Persada PLUS yang mungkin menjejaskan kebekersanan operasi sistem RFID di plaza tol secara keseluruhan.

"Bagaimanapun, sistem kad Touch 'n Go masih berfungsi seperti biasa dan boleh digunakan sebagai alternatif," katanya dalam kenyataan di Kuala Lumpur pada Isnin, 16 Ogos 2021.

Sehubungan itu, Zakaria menasihati pengguna supaya merancang perjalanan mereka dan memastikan baki kad Touch 'N Go sentiasa mencukupi. - KitaReporters


0
0
0
0
0
You will be interested

Berita Terkini| Suntikan vaksin guna picagari kosong! Penyuntik tersilap! CITF-A pohon maaf!

Proses vaksinasi ke atas seorang remaja berusia 12 tahun gunakan picagari kosong berpunca akibat petugas kesihatan tersilap ambil picagari masih belum digunakan

News Editor 2 in Berita Terkini 3 years ago

Berita Terkini| Sesi persekolahan bermula di 3 negeri! Libatkan pelajar SPM, STPM,PPKI dan MBK!

SESI persekolahan secara bersemuka bermula di Terengganu, Kelantan dan Langkawi, Kedah hari ini, selepas enam bulan sekolah di seluruh negara ditutup
News Editor 1 in Berita Terkini 3 years ago

Berita Terkini| 69 kampung orang Asli Pahang terima Internet|Pelaksanaan projek bermula minggu ini!

SEBANYAK 69 kampung orang asli seluruh Pahang bakal menjalani kehidupan lebih se
News Editor 1 in Berita Terkini 3 years ago

Berita Terkini| Pesakit Covid-19 mahu lari tapi terperangkap! Nasib baik diselamat pasukan bomba!

TINDAKAN seorang pesakit COVID-19 yang cuba melarikan diri bertukar cemas apabila terperangkap di tingkat satu Hospital Keningau, Sabah, awal pagi Ahad.
News Editor 1 in Berita Terkini 3 years ago

Berita Terkini| SPRM perlu kaedah baharu cegah rasuah! Tangani ketirisan libatkan dana kerajaan!

PENDEKATAN penguatkuasaan undang-undang mencegah rasuah perlu selaras dengan peredaran masa, pembangunan negara, perkembangan ekonomi dan politik
News Editor 1 in Berita Terkini 3 years ago