Berita Terkini 20 Aug, 2019

UTUSAN KEKAL BEROPERASI, RAYU PEMBACA TERUS SOKONG

@mohd. hazli hassan
A Mobile Journalist (Mojo) trainer by profession but force to be a scuba diver for food. Have more than 28 years experience in the media industry. Get more info on mobile journalism and mobilegraphy at www.mymojo.my

Share this
PENGERUSI Eksekutif Utusan Melayu (Malaysia) Berhad. (Kumpulan Utusan), Datuk Abd. Aziz Sheikh Fadzir hari ini menegaskan pengurusan tidak berminat untuk menutup operasi dan menghentikan penerbitan akhbar Utusan Malaysia dan Kosmo! namun merayu kepada pembaca setia dan juga orang Melayu untuk terus memberikan sokongan.

Sambil menyatakan pengurusan kanan dan ketua-ketua jabatan Kumpulan Utusan ada membincangkan mengenai perkara (menutup operasi) tersebut, namun ia hanya sebagai salah satu cadangan jika keadaan memerlukan.

"Namun sampai ke saat ini, saya amat optimistik untuk melihat operasi Kumpulan Utusan diteruskan walaupun kita mempunyai kekangan di mana kerugian setiap hari adalah sekitar RM2 juta hingga RM3 juta.

"Apa pun, pihak pengurusan sudah membuat keputusan termasuk mengunjur kemampuan Kumpulan Utusan untuk kembali ke landasan yang lebih baik sehingga September 2020. Untuk itu, saya mohon tuan-tuan dan puan-puan untuk terus memberikan sokongan agar kita dapat melihat kembali kegemilangan akhbar-akhbar terbitan Kumpulan Utusan mendapat jualan yang diinginkan," katanya.

Beliau berkata demikian kepada lebih 300 kakitangan Kumpulan Utusan termasuk wartawan dan jurufoto dan kakitangan pengkeranian di Dewan Besar Ibu Pejabat Kumpulan Utusan di Kuala Lumpur hari ini.

Kakitangan Kumpulan Utusan sehingga kini masih belum menerima gaji bulanan sejak dari Jun lepas dan yang terakhir, memorandum pekeliling Jabatan Sumber Manusia menyatakan pendahuluan sebanyak maksimum RM2,000 akan diberikan malam ini.

Dalam perkembangan berkaitan, Abd. Aziz turut berkata, jika ada usahawan yang ingin memilik Kumpulan Utusan, beliau dan UMNO rela melepaskan saham majoriti yang dipegang namun perlu memastikan hal ehwal dan kebajikan pekerja terjamin.

"Jika esok, tiba-tiba kata, ada orang minat nak beli, saya sanggup. Saya memang sudah (tandatangan) pun surat pemindahan saham siap-siap. Saya tak ada masalah," tegasnya.

Sehubungan itu, sebagai langkah jangka pendek dalam mengembalikan pendapatan syarikat, beliau mengumumkan untuk menaikkan harga kedua-dua akhbar terbitan Kumpulan Utusan.

Menurut beliau, Utusan Malaysia akan dinaikkan dari RM1.50 ke RM2, manakala Kosmo! akan dinaikkan dari RM1 ke RM1.50.

Eksesais berkenaan kata beliau, mampu untuk mengurangkan bebanan kerugian harian dan sedikit sebanyak dapat menampung kos gaji pekerja.

7
0
0
0
0
You will be interested

Berita Terkini| Suntikan vaksin guna picagari kosong! Penyuntik tersilap! CITF-A pohon maaf!

Proses vaksinasi ke atas seorang remaja berusia 12 tahun gunakan picagari kosong berpunca akibat petugas kesihatan tersilap ambil picagari masih belum digunakan

News Editor 2 in Berita Terkini 3 years ago

Berita Terkini| Sesi persekolahan bermula di 3 negeri! Libatkan pelajar SPM, STPM,PPKI dan MBK!

SESI persekolahan secara bersemuka bermula di Terengganu, Kelantan dan Langkawi, Kedah hari ini, selepas enam bulan sekolah di seluruh negara ditutup
News Editor 1 in Berita Terkini 3 years ago

Berita Terkini| 69 kampung orang Asli Pahang terima Internet|Pelaksanaan projek bermula minggu ini!

SEBANYAK 69 kampung orang asli seluruh Pahang bakal menjalani kehidupan lebih se
News Editor 1 in Berita Terkini 3 years ago

Berita Terkini| Pesakit Covid-19 mahu lari tapi terperangkap! Nasib baik diselamat pasukan bomba!

TINDAKAN seorang pesakit COVID-19 yang cuba melarikan diri bertukar cemas apabila terperangkap di tingkat satu Hospital Keningau, Sabah, awal pagi Ahad.
News Editor 1 in Berita Terkini 3 years ago

Berita Terkini| SPRM perlu kaedah baharu cegah rasuah! Tangani ketirisan libatkan dana kerajaan!

PENDEKATAN penguatkuasaan undang-undang mencegah rasuah perlu selaras dengan peredaran masa, pembangunan negara, perkembangan ekonomi dan politik
News Editor 1 in Berita Terkini 3 years ago