Berita Terkini 07 Oct, 2019

BIAR BETUL... ADA UNSUR BURUH PAKSAAN DI MALAYSIA?

@samadi ahmad
Experience as a Independent Journalist for 20 year, covering various aspect of the news including politics, business, crimes and specializing in Media Events.

Share this

BENARKAH di Malaysia ada buruh paksaan? Sehubungan itu, semua pihak industri diseru menyediakan Akta Pematuhan Sosial dalam usaha membendung pelanggaran piawaian dan perundangan perburuhan terhadap isu berkaitan kebajikan di negara ini.

Menteri Sumber Manusia, M Kula Segaran (tengah) bersalam dengan Ahli Majlis Politik Kedutaan Amerika Syarikat di Malaysia, Sally Behrhotst ketika menghadiri Majlis Seisi Town Hall bersama persatuan dan syarikat pengeluar sarung tangan getah di Kementerian Sumber Manusia, Putrajaya baru-baru ini.


Baru-baru ini, Agensi Kastam dan Perlindungan Sempadan (CBP) Amerika Syarikat mengumumkan  telah mengeluarkan Perintah Pelepasan Pegangan kepada lima produk berlainan yang diimport dari lima negara setelah disyaki menggunakan buruh paksaan.

Sekatan tersebut turut membabitkan import sarung tangan getah pakai buang oleh sebuah syarikat tempatan atas alasan terbabit dengan unsur buruh paksaan.

Syarikat yang dipersoalkan itu telah disiasat oleh kementerian dan mengaku salah di mahkamah pada Februari lalu dan dikenakan hukuman denda.

Ekoran itu, dalam satu Sesi Town Hall bersama pihak persatuan dan syarikat pengeluar sarung tangan getah, Menteri Sumber Manusia, M Kula Segaran, berkata kementerian akan membantu pihak  industri bagi menyediakan akta itu susulan tindakan telah diambil terhadap sebuah syarikat pengeluar sarung tangan getah yang menggunakan unsur buruh paksaan.

Katanya, Audit Pematuhan Sosial itu telah diperkenalkan sejak 1930 dan ia membolehkan semua majikan mematuhi standard dan undang-udang yang ditetapkan selain laporan audit itu mampu menjawab tuduhan lain pada masa akan datang.

Menurut beliau, walaupun Audit Pematuhan Sosial itu akan dikuatkuasakan oleh kerajaan bermula 2021,

pihak industri digalakkan menyediakan perlaksanaan  itu bermula dari sekarang.

"Perkara itu telah dibincangkan pada tahun lalu bersama pihak industri termasuk memberi amaran ke atas kesan yang bakal berlaku sekiranya pelanggaran ke atas perkara itu.

"Bagi membantu memahami Audit Pematuhan Sosial itu dengan lebih jelas, kementerian akan menemui dan berbincang bersama persatuan peniaga di Amerika Syarikat dalam jangka masa terdekat.

"Audit Pematuhan Sosial  itu sangat penting kerana ia dapat mengelak berlakunya penggunaan unsur buruh paksaan seperti yang berlaku pada sebuah syarikat pengeluar sarung tangan getah," katanya.

Kementerian Sumber Manusia, katanya, komited dan mengambil langkah sewajarnya dalam mendidik orang ramai  mengenai kesan buruk buruh paksaan serta memperjuangkan peningkatan hak pekerja.

Antara langkah yang diambil secara berterusan adalah pemeriksaan secara aktif unsur buruh paksaan oleh Jabatan Buruh di setiap negeri.

Selain itu, kementerian mendidik majikan dan pekerja mematuhi undang-undang buruh di Malaysia termasuk Akta Antipemerdagangan Orang dan Penyeludupan Migran (ATIPSOM) 2007.

0
0
0
0
0
You will be interested

Berita Terkini| Suntikan vaksin guna picagari kosong! Penyuntik tersilap! CITF-A pohon maaf!

Proses vaksinasi ke atas seorang remaja berusia 12 tahun gunakan picagari kosong berpunca akibat petugas kesihatan tersilap ambil picagari masih belum digunakan

News Editor 2 in Berita Terkini 3 years ago

Berita Terkini| Sesi persekolahan bermula di 3 negeri! Libatkan pelajar SPM, STPM,PPKI dan MBK!

SESI persekolahan secara bersemuka bermula di Terengganu, Kelantan dan Langkawi, Kedah hari ini, selepas enam bulan sekolah di seluruh negara ditutup
News Editor 1 in Berita Terkini 3 years ago

Berita Terkini| 69 kampung orang Asli Pahang terima Internet|Pelaksanaan projek bermula minggu ini!

SEBANYAK 69 kampung orang asli seluruh Pahang bakal menjalani kehidupan lebih se
News Editor 1 in Berita Terkini 3 years ago

Berita Terkini| Pesakit Covid-19 mahu lari tapi terperangkap! Nasib baik diselamat pasukan bomba!

TINDAKAN seorang pesakit COVID-19 yang cuba melarikan diri bertukar cemas apabila terperangkap di tingkat satu Hospital Keningau, Sabah, awal pagi Ahad.
News Editor 1 in Berita Terkini 3 years ago

Berita Terkini| SPRM perlu kaedah baharu cegah rasuah! Tangani ketirisan libatkan dana kerajaan!

PENDEKATAN penguatkuasaan undang-undang mencegah rasuah perlu selaras dengan peredaran masa, pembangunan negara, perkembangan ekonomi dan politik
News Editor 1 in Berita Terkini 3 years ago