Berita Terkini 18 Jul, 2021

Berita Terkini| 24 laporan penyu mati dilaporkan di Terengganu! Terbaharu, penyu agar jantan!

@news editor 2
Semua kenyataan media/press releases boleh di emel ke editor@kitareporters.com

Share this

 

Penyu agar yang ditemukan mati terdampar di Pantai Kuala Abang, Dungun


JABATAN Perikanan Negeri Terengganu menerima sebanyak 24 laporan berhubung kematian pelbagai spesis penyu di negeri berkenaan bermula awal tahun ini sehingga 17 Julai 2021.

Pengarahnya, Ruzaidi Mamat berkata kes terbaharu melibatkan seekor penyu agar jantan ditemukan mati terdampar di Pantai Kuala Abang, Dungun.

“Penyu berusia lingkingan 20 hingga 30 tahun itu dijumpai penduduk kampung kira-kira jam 9 pagi, 17 Julai 2021 yang kemudiannya melaporkan kepada pihak kami.

“Melihat kepada bangkai penyu yang telah mula reput, anggota badan membengkak serta usus sudah keluar dari bahagian badan, dipercayai reptilia marin ini telah mati lebih kurang seminggu lalu.

“Tiada sebarang kecederaan akibat perbuatan khianat  seperti kesan jerutan tali pada anggota badan penyu berkenaan,” katanya dipetik oleh laporan Kosmo pada  18 Julai 2021.

Tambah beliau, penemuan penyu agar itu merupakan kematian ke-24 direkodkan di seluruh Terengganu sejak Januari tahun.

Sementara itu, orang awam boleh memaklumkan kepada Pejabat Daerah Perikanan terdekat atau menghubungi talian 03-88885019 sekiranya menemukan penyu hidup atau mati. - KitaReporters


0
0
0
0
0
You will be interested

Berita Terkini| Suntikan vaksin guna picagari kosong! Penyuntik tersilap! CITF-A pohon maaf!

Proses vaksinasi ke atas seorang remaja berusia 12 tahun gunakan picagari kosong berpunca akibat petugas kesihatan tersilap ambil picagari masih belum digunakan

News Editor 2 in Berita Terkini 2 years ago

Berita Terkini| Sesi persekolahan bermula di 3 negeri! Libatkan pelajar SPM, STPM,PPKI dan MBK!

SESI persekolahan secara bersemuka bermula di Terengganu, Kelantan dan Langkawi, Kedah hari ini, selepas enam bulan sekolah di seluruh negara ditutup
News Editor 1 in Berita Terkini 2 years ago

Berita Terkini| 69 kampung orang Asli Pahang terima Internet|Pelaksanaan projek bermula minggu ini!

SEBANYAK 69 kampung orang asli seluruh Pahang bakal menjalani kehidupan lebih se
News Editor 1 in Berita Terkini 2 years ago

Berita Terkini| Pesakit Covid-19 mahu lari tapi terperangkap! Nasib baik diselamat pasukan bomba!

TINDAKAN seorang pesakit COVID-19 yang cuba melarikan diri bertukar cemas apabila terperangkap di tingkat satu Hospital Keningau, Sabah, awal pagi Ahad.
News Editor 1 in Berita Terkini 2 years ago

Berita Terkini| SPRM perlu kaedah baharu cegah rasuah! Tangani ketirisan libatkan dana kerajaan!

PENDEKATAN penguatkuasaan undang-undang mencegah rasuah perlu selaras dengan peredaran masa, pembangunan negara, perkembangan ekonomi dan politik
News Editor 1 in Berita Terkini 2 years ago