Berita Terkini 01 Jul, 2021

Berita Terkini| Pusat Sokongan Sosial bergerak diperkenal! Bantu masalah kesihatan mental rakyat

@news editor 1
Semua kenyataan media/press releases boleh di emel ke [email protected]

Share this

RINA Harun berkata, PSS setempat secara bergerak itu program baharu yang akan diadakan di kawasan dikenal pasti dan mempunyai ramai penduduk. - Kredit foto: Sinar Harian


Pusat Sokongan Sosial (PSS) setempat secara bergerak akan diperkenalkan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) dan dijadualkan bermula bulan Julai 2021 ini.

Menterinya, Datuk Seri Rina Harun berkata, program itu akan digerakkan di seluruh negara bagi membantu masalah kesihatan mental dalam kalangan penduduk.

“Walaupun kementerian itu menyediakan telekaunseling melalui Talian Kasih 15999, namun tidak semua individu mahu bercakap dan berkongsi dengan kaunselor disediakan.

“Namun ada individu lebih selesa menyuarakan masalah kepada pemimpin komuniti setempat di tempat tinggal masing-masing kerana ia lebih dekat dengan penduduk,” katanya seperti dipetik oleh Berita Harian pada Khamis, 1 Julai 2021.

Rina berkata, kementerian akan menyediakan latihan kepada pemimpin masyarakat seperti pengerusi taman dan ketua penduduk bagi memperkasa komuniti serta membantu menangani masalah kesihatan mental dalam kalangan masyarakat.

"Sebanyak tujuh kenderaan membabitkan bas akan digerakkan dalam program ini dan buat permulaan, dua kenderaan akan digerakkan dalam masa terdekat,” ujarnya.

Rina berkata, PSS setempat secara bergerak itu program baharu yang akan diadakan di kawasan dikenal pasti dan mempunyai ramai penduduk.

Program  PSS itu sudah lama dirancang kementerian itu dan berharap pelaksanaannya dapat membantu menyelesaikan masalah kesihatan mental dialami masyarakat.

"Kementerian juga akan memperkasa program dua masjid dipilih untuk projek rintis Program Masjid Santuni Masyarakat yang dijadikan sebagai pusat transit mangsa keganasan rumah tangga di seluruh negara," ujarnya. - KitaReporters


GAMBAR hiasan... Sesiapa yang mengalami keganasan rumah tangga atau berdepan masalah peribadi boleh mendapatkan perlindungan di Pusat Sokongan Sosial yang diperkenalkan  oleh Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.

0
0
0
0
0
You will be interested

Berita Terkini| Suntikan vaksin guna picagari kosong! Penyuntik tersilap! CITF-A pohon maaf!

Proses vaksinasi ke atas seorang remaja berusia 12 tahun gunakan picagari kosong berpunca akibat petugas kesihatan tersilap ambil picagari masih belum digunakan

News Editor 2 in Berita Terkini 3 years ago

Berita Terkini| Sesi persekolahan bermula di 3 negeri! Libatkan pelajar SPM, STPM,PPKI dan MBK!

SESI persekolahan secara bersemuka bermula di Terengganu, Kelantan dan Langkawi, Kedah hari ini, selepas enam bulan sekolah di seluruh negara ditutup
News Editor 1 in Berita Terkini 3 years ago

Berita Terkini| 69 kampung orang Asli Pahang terima Internet|Pelaksanaan projek bermula minggu ini!

SEBANYAK 69 kampung orang asli seluruh Pahang bakal menjalani kehidupan lebih se
News Editor 1 in Berita Terkini 3 years ago

Berita Terkini| Pesakit Covid-19 mahu lari tapi terperangkap! Nasib baik diselamat pasukan bomba!

TINDAKAN seorang pesakit COVID-19 yang cuba melarikan diri bertukar cemas apabila terperangkap di tingkat satu Hospital Keningau, Sabah, awal pagi Ahad.
News Editor 1 in Berita Terkini 3 years ago

Berita Terkini| SPRM perlu kaedah baharu cegah rasuah! Tangani ketirisan libatkan dana kerajaan!

PENDEKATAN penguatkuasaan undang-undang mencegah rasuah perlu selaras dengan peredaran masa, pembangunan negara, perkembangan ekonomi dan politik
News Editor 1 in Berita Terkini 3 years ago