Berita Terkini 10 Sep, 2021

Berita Terkini| MIROS, MOT rangka pelan turunkan kadar nahas motosikal! 20% babitkan motosikal!

@news editor 1
Semua kenyataan media/press releases boleh di emel ke [email protected]

Share this


INSTITUT Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS) kini bekerjasama dengan Kementerian Pengangkutan (MOT) bagi merangka satu pelan untuk menurunkan kadar kemalangan maut melibatkan penunggang motosikal dalam tempoh 10 tahun.

Pengarah Pusat Penyelidikan Perubahan Tingkah Laku Pengguna Jalan Raya MIROS Azhar Hamzah berkata, secara purata 20 peratus daripada 500,000 kemalangan yang dilaporkan setiap tahun membabitkan kemalangan motosikal.

“Sejak 20 tahun lepas, lebih 60 peratus kematian akibat kemalangan jalan raya terdiri daripada penunggang motosikal dengan 45 peratus mangsa dalam lingkungan umur 16 hingga 30 tahun.

“Dalam kemalangan motosikal, penunggang memainkan peranan yang paling penting, tidak kira dalam apa jua persekitaran dan kenderaan yang mereka naiki,” katanya seperti dipetik oleh Bernama, Jumaat, 10 September 2021.

Azhar berkata kemalangan motosikal biasanya berlaku di jalan-jalan utama dengan 66 peratus di bahagian jalan yang lurus, 27.5 peratus perlanggaran di sudut atau tepi jalan, 28 peratus melibatkan kereta dan 25 peratus melibatkan satu kenderaan. - KitaReporters


8
9
0
15
0
You will be interested

Berita Terkini| Suntikan vaksin guna picagari kosong! Penyuntik tersilap! CITF-A pohon maaf!

Proses vaksinasi ke atas seorang remaja berusia 12 tahun gunakan picagari kosong berpunca akibat petugas kesihatan tersilap ambil picagari masih belum digunakan

News Editor 2 in Berita Terkini 3 years ago

Berita Terkini| Sesi persekolahan bermula di 3 negeri! Libatkan pelajar SPM, STPM,PPKI dan MBK!

SESI persekolahan secara bersemuka bermula di Terengganu, Kelantan dan Langkawi, Kedah hari ini, selepas enam bulan sekolah di seluruh negara ditutup
News Editor 1 in Berita Terkini 3 years ago

Berita Terkini| 69 kampung orang Asli Pahang terima Internet|Pelaksanaan projek bermula minggu ini!

SEBANYAK 69 kampung orang asli seluruh Pahang bakal menjalani kehidupan lebih se
News Editor 1 in Berita Terkini 3 years ago

Berita Terkini| Pesakit Covid-19 mahu lari tapi terperangkap! Nasib baik diselamat pasukan bomba!

TINDAKAN seorang pesakit COVID-19 yang cuba melarikan diri bertukar cemas apabila terperangkap di tingkat satu Hospital Keningau, Sabah, awal pagi Ahad.
News Editor 1 in Berita Terkini 3 years ago

Berita Terkini| SPRM perlu kaedah baharu cegah rasuah! Tangani ketirisan libatkan dana kerajaan!

PENDEKATAN penguatkuasaan undang-undang mencegah rasuah perlu selaras dengan peredaran masa, pembangunan negara, perkembangan ekonomi dan politik
News Editor 1 in Berita Terkini 3 years ago