Berita Terkini 06 Aug, 2021

Berita Terkini| Pengurus rugi RM20k! Bagi pinjam duit! Kepada seseorang yang baru dikenalinya!

@news editor 1
Semua kenyataan media/press releases boleh di emel ke editor@reporters.com

Share this


GARA-GARA mahu membalas jasa kerana memberi peluang pekerjaan, seorang pengurus syarikat pengawal keselamatan di Temerloh kerugian RM20,000 selepas memberi pinjam kepada seseorang yang baharu dikenali.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Pahang, Superintendan Mohd Wazir Mohd Yusof berkata, mangsa berusia 53 tahun menerima panggilan telefon daripada lelaki yang dikenali Alex yang menawarkan pekerjaan di Kuala Lumpur sebagai pengawai keselamatan di sebuah syarikat pembinaan.

"Mangsa dikatakan telah menerima satu pesanan ringkas daripada Datuk Chan dan memaklumkan syarikat memerlukan khidmat pengawal keselamatan di tapak pembinaan serta menawarkan pekerjaan itu.

"Mangsa menerima tawaran terbabit, selepas itu mangsa menerima penyata gaji yang berjumlah RM70,000 sebagai wang pembayaran awal untuk kerja yang ditawarkan," katanya seperti dipetik oleh Sinar harian, pada Jumaat, 6 Ogos 2021.

Mengulas lanjut laporan itu, Mohd Wazir berkata, selepas menerima tawaran kerja itu, suspek mahu berjumpa dengan mangsa.

Jelasnya, pada sesi perjumpaan itu, suspek memaklumkan mahu meminjam wang sebanyak RM20,000 kerana ibunya terlibat dalam kemalangan jalan raya.

Beliau menambah, bagi meyakinkan mangsa, suspek menunjukkan gambar kereta digunakan, keadaan ibunya yang terlantar di hospital dan berjanji akan membayar semula wang itu

Mangsa yakin wang akan masuk ke dalam akaun banknya sebanyak RM70,000 di atas bantuan kerana suspek yang memperkenalkan kepadanya Datuk Chan,

"Setelah tempoh masa yang dijanjikan, mangsa telah menghubungi suspek bertanyakan tentang wang yang di pinjam namun suspek memberi pelbagai alasan," katanya.

Bagaimanapun, kakitangan syarikat terbabit memaklumkan penyata yang diterima mangsa adalah palsu.

Setelah itu, mangsa membuat semakan akaun miliknya mendapati tiada kemasukan wang berjumlah RM70,000.

Susulan itu, mangsa telah tampil membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Temerloh selepas mengesyaki suspek dan Datuk Chan sepakat untuk mengambil wang simpanannya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu. - KitaReporters


0
0
0
0
0
You will be interested

Berita Terkini| Suntikan vaksin guna picagari kosong! Penyuntik tersilap! CITF-A pohon maaf!

Proses vaksinasi ke atas seorang remaja berusia 12 tahun gunakan picagari kosong berpunca akibat petugas kesihatan tersilap ambil picagari masih belum digunakan

News Editor 2 in Berita Terkini 2 years ago

Berita Terkini| Sesi persekolahan bermula di 3 negeri! Libatkan pelajar SPM, STPM,PPKI dan MBK!

SESI persekolahan secara bersemuka bermula di Terengganu, Kelantan dan Langkawi, Kedah hari ini, selepas enam bulan sekolah di seluruh negara ditutup
News Editor 1 in Berita Terkini 2 years ago

Berita Terkini| 69 kampung orang Asli Pahang terima Internet|Pelaksanaan projek bermula minggu ini!

SEBANYAK 69 kampung orang asli seluruh Pahang bakal menjalani kehidupan lebih se
News Editor 1 in Berita Terkini 2 years ago

Berita Terkini| Pesakit Covid-19 mahu lari tapi terperangkap! Nasib baik diselamat pasukan bomba!

TINDAKAN seorang pesakit COVID-19 yang cuba melarikan diri bertukar cemas apabila terperangkap di tingkat satu Hospital Keningau, Sabah, awal pagi Ahad.
News Editor 1 in Berita Terkini 2 years ago

Berita Terkini| SPRM perlu kaedah baharu cegah rasuah! Tangani ketirisan libatkan dana kerajaan!

PENDEKATAN penguatkuasaan undang-undang mencegah rasuah perlu selaras dengan peredaran masa, pembangunan negara, perkembangan ekonomi dan politik
News Editor 1 in Berita Terkini 2 years ago