Berita Terkini 01 Oct, 2021

Berita Terkini| MOT serius jaga kesejahteraan pelaut! Beri khidmat kepada kapal asing, domestik!

@news editor 1
Semua kenyataan media/press releases boleh di emel ke [email protected]

Share this


KEMENTERIAN Pengangkutan (MOT) yang mewakili negara dalam Pertubuhan Maritim Antarabangsa (IMO) serius dalam menjaga kesejahteraan 6,108 pelaut aktif Malaysia yang memberikan khidmat kepada kira-kira 4,000 kapal asing dan domestik.

Menteri Pengangkutan Datuk Seri Dr Wee Ka Siong berkata, ini kerana pelaut adalah antara profesion terpenting yang menyokong kepada kehidupan moden dan perdagangan global.

“Komitmen ini dapat dibuktikan menerusi kesungguhan kementerian, apabila pelaut adalah antara yang terawal menerima vaksin bagi sektor pengangkutan dan logistik mulai 25 Jun 2021, yang juga merupakan Hari Pelaut Antarabangsa.

“Setakat ini sejumlah 46,616 pekerja maritim telah diberi vaksin di bawah Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK). Dari jumlah itu, seramai 4,398 pelaut atau 72 peratus daripada 6,108 pelaut aktif telah menerima vaksin setakat ini,” katanya seperti dipetik oleh Bernama, 1 Oktober 2021.

Terdahulu beliau memberi ucapan perasmian persidangan “Fair Future For Seafarers: Challenges And Solution” secara maya seiring tema Hari Maritim Sedunia “Seafarers: At The Core Of Shipping’s Future” anjuran Ikhtisas Kelautan Malaysia (IKMAL),  pada Khamis, 30 September 2021.

Mengenai persidangan berkenaan Ka Siong berkata, tindakan berkenaan bertujuan menarik perhatian global terhadap sumbangan yang diberikan oleh para pelaut kepada sektor perdagangan dunia dengan memastikan rantaian bekalan tidak terbantut walaupun berdepan keadaan yang sangat mencabar. - KitaReporters


14
7
0
11
0
You will be interested

Berita Terkini| Suntikan vaksin guna picagari kosong! Penyuntik tersilap! CITF-A pohon maaf!

Proses vaksinasi ke atas seorang remaja berusia 12 tahun gunakan picagari kosong berpunca akibat petugas kesihatan tersilap ambil picagari masih belum digunakan

News Editor 2 in Berita Terkini 3 years ago

Berita Terkini| Sesi persekolahan bermula di 3 negeri! Libatkan pelajar SPM, STPM,PPKI dan MBK!

SESI persekolahan secara bersemuka bermula di Terengganu, Kelantan dan Langkawi, Kedah hari ini, selepas enam bulan sekolah di seluruh negara ditutup
News Editor 1 in Berita Terkini 3 years ago

Berita Terkini| 69 kampung orang Asli Pahang terima Internet|Pelaksanaan projek bermula minggu ini!

SEBANYAK 69 kampung orang asli seluruh Pahang bakal menjalani kehidupan lebih se
News Editor 1 in Berita Terkini 3 years ago

Berita Terkini| Pesakit Covid-19 mahu lari tapi terperangkap! Nasib baik diselamat pasukan bomba!

TINDAKAN seorang pesakit COVID-19 yang cuba melarikan diri bertukar cemas apabila terperangkap di tingkat satu Hospital Keningau, Sabah, awal pagi Ahad.
News Editor 1 in Berita Terkini 3 years ago

Berita Terkini| SPRM perlu kaedah baharu cegah rasuah! Tangani ketirisan libatkan dana kerajaan!

PENDEKATAN penguatkuasaan undang-undang mencegah rasuah perlu selaras dengan peredaran masa, pembangunan negara, perkembangan ekonomi dan politik
News Editor 1 in Berita Terkini 3 years ago