Berita Terkini 29 Sep, 2021

Berita Terkini| Gagal patuhi perintah award TTPM kepada 3 pihak! Pengarah syarikat dipenjara!

@news editor 1
Semua kenyataan media/press releases boleh di emel ke editor@reporters.com

Share this


SEORANG pengarah syarikat warga tempatan dipenjara tiga tahun kerana gagal mematuhi perintah award (tuntutan) Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia (TTPM) untuk membayar kepada tiga pihak yang menuntut wang berjumlah RM22,106.

Pengarah Penguat Kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), Azman Adam berkata, lelaki berkenaan dikenakan hukuman atas pertuduhan di bawah Seksyen 117 Akta Perlindungan Pengguna 1999 – Ketidakpatuhan award TTPM pada 24 September 2021.

Pendakwaan telah dilakukan oleh Pegawai Penguat Kuasa KPDNHEP, melibatkan tiga kes saman bagi kesalahan di bawah Subseksyen 117(1) Akta Perlindungan Pengguna 1999 ke atas Orang Kena Saman (OKS) ke atas seorang lelaki warga tempatan yang merupakan pengarah syarikat Want To Go Holiday Sdn. Bhd.

“Mengikut fakta kes, tertuduh gagal mematuhi award TTPM untuk membayar kepada tiga pihak yang menuntut wang berjumlah masing-masing RM4,999, RM6,228 dan RM10,879.

“Tertuduh didakwa di bawah Subseksyen 117(1) Akta Perlindungan Pengguna 1999 yang memperuntukkan hukuman denda tidak melebihi RM10,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya,” katanya dalam satu kenyataan pada Rabu, 29 September 2021.

Azman berkata, bagi kesalahan yang berterusan, boleh didenda tidak melebihi RM1,000 bagi setiap hari atau sebahagian hari selama kesalahan itu berterusan selepas sabitan. - KitaReporters



9
12
0
14
0
You will be interested

Berita Terkini| Suntikan vaksin guna picagari kosong! Penyuntik tersilap! CITF-A pohon maaf!

Proses vaksinasi ke atas seorang remaja berusia 12 tahun gunakan picagari kosong berpunca akibat petugas kesihatan tersilap ambil picagari masih belum digunakan

News Editor 2 in Berita Terkini 3 years ago

Berita Terkini| Sesi persekolahan bermula di 3 negeri! Libatkan pelajar SPM, STPM,PPKI dan MBK!

SESI persekolahan secara bersemuka bermula di Terengganu, Kelantan dan Langkawi, Kedah hari ini, selepas enam bulan sekolah di seluruh negara ditutup
News Editor 1 in Berita Terkini 3 years ago

Berita Terkini| 69 kampung orang Asli Pahang terima Internet|Pelaksanaan projek bermula minggu ini!

SEBANYAK 69 kampung orang asli seluruh Pahang bakal menjalani kehidupan lebih se
News Editor 1 in Berita Terkini 3 years ago

Berita Terkini| Pesakit Covid-19 mahu lari tapi terperangkap! Nasib baik diselamat pasukan bomba!

TINDAKAN seorang pesakit COVID-19 yang cuba melarikan diri bertukar cemas apabila terperangkap di tingkat satu Hospital Keningau, Sabah, awal pagi Ahad.
News Editor 1 in Berita Terkini 3 years ago

Berita Terkini| SPRM perlu kaedah baharu cegah rasuah! Tangani ketirisan libatkan dana kerajaan!

PENDEKATAN penguatkuasaan undang-undang mencegah rasuah perlu selaras dengan peredaran masa, pembangunan negara, perkembangan ekonomi dan politik
News Editor 1 in Berita Terkini 3 years ago