Berita Terkini 23 Aug, 2021

Berita Terkini| Gara-gara burung Murai Cerek! Lelaki parah ditetak golok! Ibu jari kanan putus!

@news editor 2
Semua kenyataan media/press releases boleh di emel ke editor@kitareporters.com

Share this

Mangsa parah ditetak tiga lelaki di sebuah rumah di Kampung Pauh Jabit, Tawang, Bachok.  - Kredit foto: Gambar tular


SEORANG lelaki cedera parah pada bahagian kepala, betis dan lutut akibat ditetak oleh tiga lelaki dalam kejadian di sebuah rumah di Kampung Pauh Jabit, Tawang, Bachok pada 22 Ogos 2021.

Dalam kejadian kira-kira jam 4 petang itu, mangsa berusia 42 tahun tersebut turut putus ibu jari kanan.

Terdahulu, mangsa bertemu tiga lelaki berkenaan untuk berbincang mengenai burung Murai Cerek miliknya yang hilang dipercayai dicuri oleh rakan mereka tiga hari lalu.

Ketua Polis Daerah Bachok, Deputi Superintendan Mohamad Ismail Jamaluddin berkata sebelum kejadian mangsa bersama seorang rakan telah pergi ke rumah salah seorang suspek untuk berjumpa individu didakwa mencuri burung murainya itu.

“Hasil siasatan awal mendapati mangsa tidak dapat berjumpa individu tersebut kerana tiada di situ sebelum mangsa bertindak mengari suspek bagi dijadikan tebusan.

“Bagaimanapun mangsa diserang oleh ketiga-tiga suspek menggunakan sebilah golok dan pedang hingga menyebabkan luka pada bahagian kepala, betis kanan, lutut kiri serta putus ibu jari tangan kanan,” katanya dipetik daripada laporan Kosmo pada 23 Ogos 2021.

Tambah beliau mangsa dihantar ke Hospital Universiti Sains Malaysia, Kubang Kerian bagi mendapatkan rawatan lanjut.

Katanya lagi, ketiga-tiga suspek yang menetak mangsa sudah dikenal pasti dan kes disiasat mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan. - KitaReporters


0
0
0
0
1
You will be interested

Berita Terkini| Suntikan vaksin guna picagari kosong! Penyuntik tersilap! CITF-A pohon maaf!

Proses vaksinasi ke atas seorang remaja berusia 12 tahun gunakan picagari kosong berpunca akibat petugas kesihatan tersilap ambil picagari masih belum digunakan

News Editor 2 in Berita Terkini 2 years ago

Berita Terkini| Sesi persekolahan bermula di 3 negeri! Libatkan pelajar SPM, STPM,PPKI dan MBK!

SESI persekolahan secara bersemuka bermula di Terengganu, Kelantan dan Langkawi, Kedah hari ini, selepas enam bulan sekolah di seluruh negara ditutup
News Editor 1 in Berita Terkini 2 years ago

Berita Terkini| 69 kampung orang Asli Pahang terima Internet|Pelaksanaan projek bermula minggu ini!

SEBANYAK 69 kampung orang asli seluruh Pahang bakal menjalani kehidupan lebih se
News Editor 1 in Berita Terkini 2 years ago

Berita Terkini| Pesakit Covid-19 mahu lari tapi terperangkap! Nasib baik diselamat pasukan bomba!

TINDAKAN seorang pesakit COVID-19 yang cuba melarikan diri bertukar cemas apabila terperangkap di tingkat satu Hospital Keningau, Sabah, awal pagi Ahad.
News Editor 1 in Berita Terkini 2 years ago

Berita Terkini| SPRM perlu kaedah baharu cegah rasuah! Tangani ketirisan libatkan dana kerajaan!

PENDEKATAN penguatkuasaan undang-undang mencegah rasuah perlu selaras dengan peredaran masa, pembangunan negara, perkembangan ekonomi dan politik
News Editor 1 in Berita Terkini 2 years ago