KEMENTERIAN Kewangan (MoF) akan mengumumkan Penyata Prabelanjawan 2022 buat kali pertama dalam masa terdekat bagi merangka kriteria perbelanjaan negara sebagai persiapan untuk pembentangan Belanjawan 2022 yang dijangka akhir Oktober 2021 ini.
Tengku Datuk
Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, MoF akan menjemput semua pihak yang
berkepentingan untuk memberikan input masing-masing.
“Ini adalah
belanjawan yang penting dan bukan sahaja dari segi bantuan tetapi dari segi
panduan kepada ekonomi Malaysia untuk kembali pulih.
“Kami akan
merangka beberapa kriteria, dan salah satunya ialah kebajikan. Jemputan akan
dikeluarkan secepat mungkin. Insya-Allah dalam minggu ini, jika boleh, apabila
saya mula bekerja esok,” katanya seperti dipetik MalaysiaGazette pada Isnin, 30
Ogos 2021.
Beliau berkata,
selain Belanjawan 2022, kerajaan akan turut membentangkan Rancangan Malaysia
Ke-12 (RMK12) di Parlimen.
Mengenai sama ada dasar-dasar kerajaan terdahulu akan diteruskan, Tengku Zafrul berkata dasar yang baik akan diteruskan tetapi pada masa sama mengambil kira perkembangan dunia semasa dan ekonomi Malaysia yang mempunyai ciri-ciri yang dinamik. - KitaReporters