Berita Terkini 22 Jul, 2021

Berita Terkini| Caj jenazah cecah RM9k di Hospital Sungai Buloh? Pihak hospital nafi terlibat!

@news editor 2
Semua kenyataan media/press releases boleh di emel ke [email protected]

Share this

Gambar hiasan...  Hospital Sungai Buluh nafi terlibat dalam caj pengurusan jenazah. - Kredit foto: Bernama


JABATAN Forensik Hospital Sungai Buloh menafikan berita tular dalam WhatsApp berhubung caj pengurusan jenazah pesakit Covid-19 di hospital berkenaan yang mencecah hingga RM9,000.

Pengarah Hospital Sungai Buloh, Dr Kuldip Kaur berkata pihaknya hanya terlibat kendalikan urusan pengambilan jenazah dari wad sehingga ke tempat penyimpanan dan pengurusan jenazah Covid-19 dan bukan Covid-19 sahaja.

"Waris si mati perlu berurusan dengan syarikat dipilih mereka bagi pengurusan pengebumian pesakit Covid-19 dan bukan Covid-19.

"Pihak hospital nafi terlibat dalam urusan berhubung caj dikenakan kepada waris jenazah pesakit Covid-19 hingga mencecah RM9,000. Berita itu tidak benar," katanya dipetik oleh laporan Sinar Harian pada 22 Julai 2021.

Untuk info, tular satu visual bersuara dalam aplikasi WhatsApp yang mendakwa Hospital Sungai Buloh mengenakan caj pengurusan jenazah pesakit Covid-19 yang mencecah hingga RM9,000. - KitaReporters 


0
2
0
1
0
You will be interested

Berita Terkini| Suntikan vaksin guna picagari kosong! Penyuntik tersilap! CITF-A pohon maaf!

Proses vaksinasi ke atas seorang remaja berusia 12 tahun gunakan picagari kosong berpunca akibat petugas kesihatan tersilap ambil picagari masih belum digunakan

News Editor 2 in Berita Terkini 3 years ago

Berita Terkini| Sesi persekolahan bermula di 3 negeri! Libatkan pelajar SPM, STPM,PPKI dan MBK!

SESI persekolahan secara bersemuka bermula di Terengganu, Kelantan dan Langkawi, Kedah hari ini, selepas enam bulan sekolah di seluruh negara ditutup
News Editor 1 in Berita Terkini 3 years ago

Berita Terkini| 69 kampung orang Asli Pahang terima Internet|Pelaksanaan projek bermula minggu ini!

SEBANYAK 69 kampung orang asli seluruh Pahang bakal menjalani kehidupan lebih se
News Editor 1 in Berita Terkini 3 years ago

Berita Terkini| Pesakit Covid-19 mahu lari tapi terperangkap! Nasib baik diselamat pasukan bomba!

TINDAKAN seorang pesakit COVID-19 yang cuba melarikan diri bertukar cemas apabila terperangkap di tingkat satu Hospital Keningau, Sabah, awal pagi Ahad.
News Editor 1 in Berita Terkini 3 years ago

Berita Terkini| SPRM perlu kaedah baharu cegah rasuah! Tangani ketirisan libatkan dana kerajaan!

PENDEKATAN penguatkuasaan undang-undang mencegah rasuah perlu selaras dengan peredaran masa, pembangunan negara, perkembangan ekonomi dan politik
News Editor 1 in Berita Terkini 3 years ago