Berita Terkini 18 Jul, 2021

Berita Terkini| Kerana dibaling kerusi, lelaki serang rakan sekampung! Guna besi pemotong sawit!

@news editor 2
Semua kenyataan media/press releases boleh di emel ke editor@kitareporters.com

Share this

Besi pemotong sawit dipercayai digunakan oleh suspek untuk mencederakan rakannya dalam kejadian di Negeri Sembilan. - Kredit foto: Ihsan PDRM


SEORANG lelaki berusia 22 tahun mencederakan rakan sekampungnya dengan besi pemotong sawit dalam kejadian kira-kira 6.30 petang pada 17 Julai 2021 di Jempol, Negeri Sembilan.

Ketua Polis Daerah Jempol, Superintendan Hoo Chang Hook berkata suspek bertindak demikian setelah dipercayai tidak berpuas hati kerana dibaling serpihan kerusi plastik ketika sedang menunggang motosikal.

“Terdahulu, berlokasi di Felcra Rompin (B) pada 16 Julai 2021 rakan suspek yang juga  berusia 22 tahun dikatakan membaling serpihan kerusi kepadanya.

“Tidak puas hati diperlakukan begitu, keesokan harinya suspek berjumpa rakannya itu yang sedang duduk atas sebuah motosikal di tepi sebuah warung sambil membawa besi pemotong sawit.

“Sebelum menghayunkan besi pemotong berkenaan ke arah mangsa, suspek dalam nada marah bertanya kepada mangsa ‘kau tak puas hati apa dengan aku’.

“Rakannya itu sempat menahan dengan tangan kiri besi pemotong dihayunkan oleh suspek. Selepas bertindak demikan, suspek terus melarikan diri,” katanya yang dipetik laporan Harian Metro pada 18 Julai 2021.

Chang Hook berkata, mangsa menerima rawatan di Hospital Jempol dan doktor mengesahkan tangan kiri mangsa patah manakala suspek ditangkap oleh polis di rumahnya jam 9 malam pada hari kejadian.

Katanya lagi, polis turut merampas besi pemotong buah sawit digunakan dalam kejadian dan

kes disiasat mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan. - KitaReporters


You will be interested

Berita Terkini| 2 YDP majlis perbandaran antara 3 direman! Terima rasuah rumah RM1j, wang RM500k!

TIGA individu termasuk dua bekas Yang Dipertua (YDP) majlis perbandaran di Selangor direman enam hari kerana disyaki menerima rasuah

Berita Terkini| Anak gajah sesat diselamatkan Perhilitan! Alami luka kecil dipercayai digigit anjing!  

Seekor anak gajah betina yang tersesat masuk ke kawasan kampung dekat Pos Poi, Sungai Siput, Perak diselamatkan Perhilitan
News Editor 2 in Berita Terkini 2 hours ago

 Berita Terkini| Anggota Rela tembak mati jiran ditahan reman 7 hari! Mangsa, ditembak di dada!

Lelaki yang menembak mati kawan baik merangkap jirannya di Taman Raya, Wakaf Tapai Marang, Terengganu ditahan reman selama tujuh hari bermula 24 Julai 2021
News Editor 2 in Berita Terkini 6 hours ago

Berita Terkini| Covid-19:  Peniaga durian cetus kluster baharu di Kelantan! Rentas negeri!  

Sekumpulan peniaga durian cetuskan kluster baharu Covid-19 di Kelantan. Rents negeri ke Selangor dan Johor, dapatkan serta hantar bekalan ‘raja buah’
News Editor 2 in Berita Terkini 6 hours ago

Berita Terkini| Semua hospital diarah guna Baricitinib! Rawat Covid-19! Cegah peningkatan risiko pesakit!

SEMUA hospital diarah menggunakan ubat baricitinib bagi merawat pesakit Covid-19 sekali gus mencegah peningkatan risiko kesihatan yang lebih meruncing.
News Editor 1 in Berita Terkini 21 hours ago