Berita Terkini 08 Jul, 2021

Berita Terkini| Kes Covid-19 di Lembah Klang meningkat! KKM laksanakan 10 langkah siap siaga!

@news editor 2
Semua kenyataan media/press releases boleh di emel ke [email protected]

Share this

 

Gambar hiasan... Katil disediakan untuk  pesakit Covid-19 PKRC Bersepadu MAEPS 2.0 hampir digunakan sepenuhnya. - Kredit foto: New Straits Times


KEMENTERIAN Kesihatan Malaysia (KKM) sedang dan akan melaksanakan 10 langkah responsif bagi tingkatkan tahap kesiapsiagaan hospital di Lembah Klang dan Pusat Kuarantin dan Rawatan Berisiko Rendah (PKRC) Bersepadu MAEPS 2.0.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba berkata langkah siap siaga itu bagi menerima dan merawat pesakit COVID-19 khususnya kategori 4 dan 5 yang kini semakin meningkat.

“Antara langkah tersebut ialah menambah segera katil ICU di hospital KKM dan hospital, melengkapkan wad di Hospital Tuanku Ampuan Rahimah, tubuh hospital medan serta perluaskan kerjasama dengan Hospital Angkatan Tentera Tuanku Mizan.

“Selain itu, melaksanakan kembali penugasan semula (mobilisasi sementara), tambah silinder oksigen, operasi semula Institut Latihan KKM (ILKKM) di Sungai Buloh, sediakan pekerja sukarelawan serta bekerjasama dengan pengamal perubatan swasta dan pihak majikan untuk tubuh Pusat Penilaian COVID-19 (CAC).

“Pelaksanaan langkah ini diharap dapat tingkatkan lagi kesiapsiagaan hospital KKM, hospital pengajar universiti, hospital ATM, hospital medan ATM dan PKRC Bersepadu MAEPS 2.0 untuk menerima dan merawat pesakit COVID-19,” katanya menerusi kenyataan, 8 Julai 2021.

Berdasarkan situasi semasa, beliau memaklumkan daripada keseluruhan 5,198 katil disediakan di PKRC Bersepadu MAEPS 2.0, sebanyak 154 katil dikhususkan untuk pesakit Covid-19 kategori 4 telahpun melepasi kapasiti penggunaan maksimum ditetapkan.

Tambahnya lagi, baki katil yang disediakan bagi pesakit Covid-19 kategori 1, 2 serta kategori 3 di PKRC Bersepadu MAEPS 2.0 juga hampir digunakan sepenuhnya dan berdasarkan data terkini secara puratanya seramai 800 orang pesakit Covid-19 diterima dalam tempoh sehari. - KitaReporters


0
0
0
0
0
You will be interested

Berita Terkini| Suntikan vaksin guna picagari kosong! Penyuntik tersilap! CITF-A pohon maaf!

Proses vaksinasi ke atas seorang remaja berusia 12 tahun gunakan picagari kosong berpunca akibat petugas kesihatan tersilap ambil picagari masih belum digunakan

News Editor 2 in Berita Terkini 3 years ago

Berita Terkini| Sesi persekolahan bermula di 3 negeri! Libatkan pelajar SPM, STPM,PPKI dan MBK!

SESI persekolahan secara bersemuka bermula di Terengganu, Kelantan dan Langkawi, Kedah hari ini, selepas enam bulan sekolah di seluruh negara ditutup
News Editor 1 in Berita Terkini 3 years ago

Berita Terkini| 69 kampung orang Asli Pahang terima Internet|Pelaksanaan projek bermula minggu ini!

SEBANYAK 69 kampung orang asli seluruh Pahang bakal menjalani kehidupan lebih se
News Editor 1 in Berita Terkini 3 years ago

Berita Terkini| Pesakit Covid-19 mahu lari tapi terperangkap! Nasib baik diselamat pasukan bomba!

TINDAKAN seorang pesakit COVID-19 yang cuba melarikan diri bertukar cemas apabila terperangkap di tingkat satu Hospital Keningau, Sabah, awal pagi Ahad.
News Editor 1 in Berita Terkini 3 years ago

Berita Terkini| SPRM perlu kaedah baharu cegah rasuah! Tangani ketirisan libatkan dana kerajaan!

PENDEKATAN penguatkuasaan undang-undang mencegah rasuah perlu selaras dengan peredaran masa, pembangunan negara, perkembangan ekonomi dan politik
News Editor 1 in Berita Terkini 3 years ago