Berita Terkini 02 Aug, 2021

Berita Terkini| 3 terima kurniaan Sultan Pahang! Gelaran kerabat dan orang-orang besar negeri!

@news editor 1
Semua kenyataan media/press releases boleh di emel ke [email protected]

Share this

Tengku Dato’ Sri Tan Sri Azlan Ibni Al-Marhum Sultan Abu Bakar. - Kredit foto: pahangmedia.my


SULTAN Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah berkenaan mengurniakan gelaran kerabat dan gelaran orang-orang besar negeri kepada tiga individu.

Pengelola Bijaya Diraja Sultan Pahang, Dato’ Ahmad Khirrizal Ab. Rahman berkata, baginda berkenan mengurniakan gelaran Tengku Panglima Besar kepada kerabat bergelar, Tengku Tan Sri Azlan Ibni Al-Marhum Sultan Abu Bakar berkuat kuasa 30 Julai 2021. 

“Manakala Orang Besar Berempat Tengku Dato Seri Zulkifly Tengku Ahmad pula dikurniakan gelaran Orang Kaya Indera Segara berkuat kuasa 15 Julai 2021.

“Selain itu, Orang Besar Raja, Ariffuddin Mohamud pula dikurniakan gelaran Tok Perantara Raja yang berkuat kuasa pada 15 Julai lalu,” katanya dalam kenyataan pada Isnin, 2 Ogos 2021.

Dalam pada itu, kenyataan turut memaklumkan Perkara 28 (Bahagian Pertama) Undang-Undang Tubuh kerajaan Pahang memperuntukkan bahawa raja pemerintah ialah punca bagi segala pangkat kebesaran dan pangkat-pangkat kemuliaan di dalam Negeri dan baginda sahaja seorang yang boleh mengurniakan gelaran dan pangkat kemuliaan dan mengadakan pangkat kebesaran atau kurniaan.

“Selanjutnya Fasal (1) Perkara 29 (Bahagian Pertama) Undang-Undang Tubuh kerajaan Pahang memperuntukkan  raja pemerintah berhak mengurniakan ke atas sesiapa jua, baik raja atau bukan, apa-apa pangkat dan gelaran kemuliaan yang ada sekarang sebagaimana yang dinyatakan,” katanya. - KitaReporters


Tengku Dato Sri Zulkifly Tengku Ahmad. - Kredit foto: portaldirajapahang


Ariffuddin Mohamud dikurniakan gelaran Tok Perantara Raja. - Kredit foto: pahangmedia.my

0
2
1
0
0
You will be interested

Berita Terkini| Suntikan vaksin guna picagari kosong! Penyuntik tersilap! CITF-A pohon maaf!

Proses vaksinasi ke atas seorang remaja berusia 12 tahun gunakan picagari kosong berpunca akibat petugas kesihatan tersilap ambil picagari masih belum digunakan

News Editor 2 in Berita Terkini 3 years ago

Berita Terkini| Sesi persekolahan bermula di 3 negeri! Libatkan pelajar SPM, STPM,PPKI dan MBK!

SESI persekolahan secara bersemuka bermula di Terengganu, Kelantan dan Langkawi, Kedah hari ini, selepas enam bulan sekolah di seluruh negara ditutup
News Editor 1 in Berita Terkini 3 years ago

Berita Terkini| 69 kampung orang Asli Pahang terima Internet|Pelaksanaan projek bermula minggu ini!

SEBANYAK 69 kampung orang asli seluruh Pahang bakal menjalani kehidupan lebih se
News Editor 1 in Berita Terkini 3 years ago

Berita Terkini| Pesakit Covid-19 mahu lari tapi terperangkap! Nasib baik diselamat pasukan bomba!

TINDAKAN seorang pesakit COVID-19 yang cuba melarikan diri bertukar cemas apabila terperangkap di tingkat satu Hospital Keningau, Sabah, awal pagi Ahad.
News Editor 1 in Berita Terkini 3 years ago

Berita Terkini| SPRM perlu kaedah baharu cegah rasuah! Tangani ketirisan libatkan dana kerajaan!

PENDEKATAN penguatkuasaan undang-undang mencegah rasuah perlu selaras dengan peredaran masa, pembangunan negara, perkembangan ekonomi dan politik
News Editor 1 in Berita Terkini 3 years ago