Berita Terkini 07 Sep, 2021

Berita Terkini| 4 sekeluarga rentung! Rumah teres 2 tingkat terbakar! Gagal keluar selamatkan diri

@news editor 2
Semua kenyataan media/press releases boleh di emel ke editor@kitareporters.com

Share this

Empat sekeluarga rentung dalam kebakaran rumah di Taman Hungap, Penampang pada kejadian awal pagi 7 September 2021. Kredit foto: ihsan JBPM Sabah


SEPASANG suami isteri bersama dua anak mereka rentung setelah rumah yang didiami mereka di Taman Hungap, Penampang, Kota Kinabalu terbakar dalam kejadian awal  pagi pada 7 September 2021.

Dalam kejadian berkenaan mangsa, Matthew Wong, 50; Jecky Vun Kon Fung, 48; Brendan wong, 18; dan Eric Wong, 15, tidak sempat keluar dari rumah teres dua tingkat berkenaan bagi menyelamatkan diri.

Pegawai Kanan Operasi, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Penampang, Zainal Radsung @ John berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kebakaran tersebut jam 2.52 pagi.

“Sepasukan pegawai dan anggota bomba bergegas ke lokasi sejurus mendapat maklumat. Sewaktu tiba di tempat kejadian didapati kebakaran membabitkan sebuah rumah teres dua tingkat jenis kekal yang terbakar 90 peratus.

“Dua buah kenderaan turut terbakar 10 peratus kerana terkena bahang api. Pasukan bomba menjalankan operasi memadam kebakaran.

“Sewaktu pemeriksaan lanjut dijalankan didapati terdapat empat orang individu rentung dalam rumah berkenaan,” katanya dalam satu kenyataan seperti dilaporkan oleh Utusan Malaysia pada 7 September 2021.

Ujar beliau lagi, operasi ditamatkan sepenuhnya jam 6.10 pagi dan kesemua mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut. - KitaReporters


17
12
2
14
0
You will be interested

Berita Terkini| Suntikan vaksin guna picagari kosong! Penyuntik tersilap! CITF-A pohon maaf!

Proses vaksinasi ke atas seorang remaja berusia 12 tahun gunakan picagari kosong berpunca akibat petugas kesihatan tersilap ambil picagari masih belum digunakan

News Editor 2 in Berita Terkini 2 years ago

Berita Terkini| Sesi persekolahan bermula di 3 negeri! Libatkan pelajar SPM, STPM,PPKI dan MBK!

SESI persekolahan secara bersemuka bermula di Terengganu, Kelantan dan Langkawi, Kedah hari ini, selepas enam bulan sekolah di seluruh negara ditutup
News Editor 1 in Berita Terkini 2 years ago

Berita Terkini| 69 kampung orang Asli Pahang terima Internet|Pelaksanaan projek bermula minggu ini!

SEBANYAK 69 kampung orang asli seluruh Pahang bakal menjalani kehidupan lebih se
News Editor 1 in Berita Terkini 2 years ago

Berita Terkini| Pesakit Covid-19 mahu lari tapi terperangkap! Nasib baik diselamat pasukan bomba!

TINDAKAN seorang pesakit COVID-19 yang cuba melarikan diri bertukar cemas apabila terperangkap di tingkat satu Hospital Keningau, Sabah, awal pagi Ahad.
News Editor 1 in Berita Terkini 2 years ago

Berita Terkini| SPRM perlu kaedah baharu cegah rasuah! Tangani ketirisan libatkan dana kerajaan!

PENDEKATAN penguatkuasaan undang-undang mencegah rasuah perlu selaras dengan peredaran masa, pembangunan negara, perkembangan ekonomi dan politik
News Editor 1 in Berita Terkini 2 years ago