Berita Terkini 20 Jul, 2021

Berita Terkini| Konkrit, pagar duri PKPD dirosakkan! Pihak berkuasa ketatkan kawalan keselamatan

@news editor 2
Semua kenyataan media/press releases boleh di emel ke editor@kitareporters.com

Share this

Salah satu lokasi penghadang konkrit di laluan tikus dalam kawasan PKPD dirosakkan individu tidak bertanggungjawab. - Kredit foto: Sinar Harian


POLIS akan ketatkan lagi kawalan keselamatan termasuk di lorong tikus setelah didapati konkrit dan pagar duri di kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) sekitar Sungai Petani, Kedah telah dirosakkan.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Adzli Abu Shah berkata pihaknya berjaya mengesan enam lokasi terlibat dan telahpun melakukan pembaikan semula bagi pastikan tiada individu dapat bolos.

“Enam lokasi itu membabitkan lima di Taman Bandar Baru dan Taman Lembah Permai, Sungai Lalang manakala satu lokasi dikesan di Kawasan Perusahaan Ringan Bakar Arang, Sungai Petani.

“Kita akan mengetatkan lagi kawalan keselamatan di kawasan PKPD. Konkrit dan pagar duri di kawasan yang dikesan dirosakkan oleh Angkatan Tentera Malaysia serta Jabatan Kerja Raya telah membuat pembaikan semula.

“Tindakan merosakkan, mengalihkan pagar duri dan halangan dipasang di kawasan PKPD boleh dikenakan tindakan tegas. Siasatan boleh dijalankan mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan,” katanya dipetik laporan Sinar Harian, 20 Julai 2021.

Tambah beliau, sesiapa yang cuba keluar atau masuk kawasan PKPD tanpa kebenaran sah tindakan boleh dikenakan mengikut Peraturan 6(1) PPDPPB (Langkah-langkah dalam kawasan tempat jangkitan) Pelan Pemulihan Negara 2021 dan tindakan kompaun sejumlah RM3,000 boleh dikenakan. - KitaReporters


1
0
0
1
0
You will be interested

Berita Terkini| Suntikan vaksin guna picagari kosong! Penyuntik tersilap! CITF-A pohon maaf!

Proses vaksinasi ke atas seorang remaja berusia 12 tahun gunakan picagari kosong berpunca akibat petugas kesihatan tersilap ambil picagari masih belum digunakan

News Editor 2 in Berita Terkini 3 weeks ago

Berita Terkini| Sesi persekolahan bermula di 3 negeri! Libatkan pelajar SPM, STPM,PPKI dan MBK!

SESI persekolahan secara bersemuka bermula di Terengganu, Kelantan dan Langkawi, Kedah hari ini, selepas enam bulan sekolah di seluruh negara ditutup
News Editor 1 in Berita Terkini 3 weeks ago

Berita Terkini| 69 kampung orang Asli Pahang terima Internet|Pelaksanaan projek bermula minggu ini!

SEBANYAK 69 kampung orang asli seluruh Pahang bakal menjalani kehidupan lebih se
News Editor 1 in Berita Terkini 3 weeks ago

Berita Terkini| Pesakit Covid-19 mahu lari tapi terperangkap! Nasib baik diselamat pasukan bomba!

TINDAKAN seorang pesakit COVID-19 yang cuba melarikan diri bertukar cemas apabila terperangkap di tingkat satu Hospital Keningau, Sabah, awal pagi Ahad.
News Editor 1 in Berita Terkini 3 weeks ago

Berita Terkini| SPRM perlu kaedah baharu cegah rasuah! Tangani ketirisan libatkan dana kerajaan!

PENDEKATAN penguatkuasaan undang-undang mencegah rasuah perlu selaras dengan peredaran masa, pembangunan negara, perkembangan ekonomi dan politik
News Editor 1 in Berita Terkini 3 weeks ago