Penempatan katil tambahan bagi pesakit Covid-19 di luar Jabatan Kecemasan HTAR terpaksa dilakukan sebelum ini ekoran jumlah kemasukan harian tinggi. - Kredit foto: Gambar tular
BILANGAN kemasukan harian pesakit Covid-19 di Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR),
Klang kini menunjukkan tren penurunan dengan berkurangan lebih 50 peratus sejak
seminggu lalu.
Pengarah HTAR, Dr Zulkarnain Mohd Rawi berkata penurunan itu membuktikan Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) mula membuahkan hasil dan keadaan di hospital itu juga semakin terkawal.
“Sebelum ini, HTAR menerima kes harian menjangkau 400 kes, namun jumlahnya telah menurun kepada sekitar 170 kes sejak kebelakangan ini. Jumlah kemasukan pesakit turun sejak minggu lepas.
“Situasi ini secara tidak langsung berlaku penurunan melibatkan pesakit kategori tiga ke atas untuk dimasukkan ke dalam wad di HTAR,” katanya dipetik daripada laporan Bernama pada 17 Ogos 2021.
Tambah beliau, jumlah pesakit yang kini menerima rawatan di hospital tersebut kurang daripada 900 orang dan gelombang kemasukan pesakit berlaku awal Julai hingga pertengahan Ogos 2021
Kata Dr
Zulkarnain lagi, sehingga 1 tengah hari pada 16 Ogos 2021 pengisian katil bagi
unit rawatan rapi (ICU) pesakit Covid -19 adalah kira-kira 92 peratus. - KitaReporters