Berita Terkini 04 Jul, 2021

Berita Terkini| Pesakit Covid-19 kategori 4 dan 5 meningkat di HKL! 71% kes! KKM tambah katil!

@news editor 2
Semua kenyataan media/press releases boleh di emel ke [email protected]

Share this

Gambar hiasan... Jumlah pesakit Covid-19 kategori tiga hingga lima kini meningkat di HKL. - Kredit foto: FB page Dr Noor Hisham


KEMENTERIAN Kesihatan Malaysia (KKM) mengesahkan sebanyak 71 peratus daripada jumlah keseluruhan kes Covid-19 dirawat di Hospital Kuala Lumpur (HKL) adalah pesakit kategori tiga hingga lima.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Adham Baba berkata pada masa ini terdapat peningkatan bilangan pesakit Covid-19 kategori tersebut yang dirujuk ke Jabatan Kecemasan dan Trauma serta Unit Rawatan Rapi (ICU) di HKL.

“Berdasarkan rekod terkini, Jabatan Kecemasan dan Trauma HKL menerima di antara 60 hingga 70 pesakit Covid-19 sehari dengan purata tiga pesakit kategori empat serta lima yang perlukan bantuan alat penafasan. Manakala, pesakit kategori lima perlu dirawat di ICU.

“HKL adalah hospital rujukan berstatus hibrid Covid-19 yang menerima pesakit Covid-19 serta bukan Covid-19 di Jabatan Kecemasan dan Trauma serta ICU. Jumlah kedatangan atau rujukan pesakit yang tinggi ditangani dengan penyediaan serta penggunaan katil tambahan oleh pengurusan HKL.

“Pesakit Covid-19 yang stabil dipindahkan ke Hospital Rehabilitasi Cheras dan Institut Perubatan Respiratori bagi membolehkan HKL terima serta merawat segera pesakit Covid-19 yang lain,” katanya  menerusi satu kenyataan pada 4 Julai 2021.

Dalam perkembangan berkaitan, beliau memaklumkan secara keseluruhan penggunaan katil pesakit (termasuk ‘repurpose bed’ di kawasan Lembah Klang kini mencapai kadar melebihi 85 peratus. - KitaReporters


0
0
0
0
0
You will be interested

Berita Terkini| Suntikan vaksin guna picagari kosong! Penyuntik tersilap! CITF-A pohon maaf!

Proses vaksinasi ke atas seorang remaja berusia 12 tahun gunakan picagari kosong berpunca akibat petugas kesihatan tersilap ambil picagari masih belum digunakan

News Editor 2 in Berita Terkini 3 years ago

Berita Terkini| Sesi persekolahan bermula di 3 negeri! Libatkan pelajar SPM, STPM,PPKI dan MBK!

SESI persekolahan secara bersemuka bermula di Terengganu, Kelantan dan Langkawi, Kedah hari ini, selepas enam bulan sekolah di seluruh negara ditutup
News Editor 1 in Berita Terkini 3 years ago

Berita Terkini| 69 kampung orang Asli Pahang terima Internet|Pelaksanaan projek bermula minggu ini!

SEBANYAK 69 kampung orang asli seluruh Pahang bakal menjalani kehidupan lebih se
News Editor 1 in Berita Terkini 3 years ago

Berita Terkini| Pesakit Covid-19 mahu lari tapi terperangkap! Nasib baik diselamat pasukan bomba!

TINDAKAN seorang pesakit COVID-19 yang cuba melarikan diri bertukar cemas apabila terperangkap di tingkat satu Hospital Keningau, Sabah, awal pagi Ahad.
News Editor 1 in Berita Terkini 3 years ago

Berita Terkini| SPRM perlu kaedah baharu cegah rasuah! Tangani ketirisan libatkan dana kerajaan!

PENDEKATAN penguatkuasaan undang-undang mencegah rasuah perlu selaras dengan peredaran masa, pembangunan negara, perkembangan ekonomi dan politik
News Editor 1 in Berita Terkini 3 years ago