Berita Terkini 04 Sep, 2021

Berita Terkini| Bacaan sifar ton direkodkan LRA Sungai Semenyih! Proses rawatan air dijalankan!

@news editor 1
Semua kenyataan media/press releases boleh di emel ke editor@reporters.com

Share this


PENCEMARAN bau yang direkodkan oleh Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Semenyih mencatatkan bacaan sifar ton tiga kali berturut-turut sehingga jam 6 pagi Sabtu, 4 September 2021.

Menerusi info grafik dikongsi oleh syarikat Pengurusan Air Selangor memaklumkan, usaha memulakan proses rawatan air di LRA terbabit sedang dijalankan.

Sementara itu, Air Selangor memaklumkan, sebanyak 94 lori tangki air telah digerakkan ke kawasan terjejas dan premis kritikal sepanjang gangguan bekalan air tidak berjadual ini.

Air Selangor kini sedang mengambil segala usaha bagi meminimumkan impak gangguan kepada pengguna yang terjejas.

"Pengguna boleh mendapatkan senarai kawasan yang terlibat menerusi laman web https://hentitugas.airselangor.com/ serta aplikasi Air Selangor," kata kenyataan itu.

Sebelum ini, sebanyak 463 kawasan di lima wilayah di Selangor mengalami gangguan bekalan air tidak berjadual berikutan LRA Sungai Semenyih terpaksa dihenti tugas sepenuhnya akibat pencemaran bau pada sumber air mentah.

Pencemaran bau di Sungai Semenyih merupakan kejadian kali kedua berlaku dalam tempoh tiga hari. - KitaReporters


 

13
11
0
13
0
You will be interested

Berita Terkini| Suntikan vaksin guna picagari kosong! Penyuntik tersilap! CITF-A pohon maaf!

Proses vaksinasi ke atas seorang remaja berusia 12 tahun gunakan picagari kosong berpunca akibat petugas kesihatan tersilap ambil picagari masih belum digunakan

News Editor 2 in Berita Terkini 2 years ago

Berita Terkini| Sesi persekolahan bermula di 3 negeri! Libatkan pelajar SPM, STPM,PPKI dan MBK!

SESI persekolahan secara bersemuka bermula di Terengganu, Kelantan dan Langkawi, Kedah hari ini, selepas enam bulan sekolah di seluruh negara ditutup
News Editor 1 in Berita Terkini 2 years ago

Berita Terkini| 69 kampung orang Asli Pahang terima Internet|Pelaksanaan projek bermula minggu ini!

SEBANYAK 69 kampung orang asli seluruh Pahang bakal menjalani kehidupan lebih se
News Editor 1 in Berita Terkini 2 years ago

Berita Terkini| Pesakit Covid-19 mahu lari tapi terperangkap! Nasib baik diselamat pasukan bomba!

TINDAKAN seorang pesakit COVID-19 yang cuba melarikan diri bertukar cemas apabila terperangkap di tingkat satu Hospital Keningau, Sabah, awal pagi Ahad.
News Editor 1 in Berita Terkini 2 years ago

Berita Terkini| SPRM perlu kaedah baharu cegah rasuah! Tangani ketirisan libatkan dana kerajaan!

PENDEKATAN penguatkuasaan undang-undang mencegah rasuah perlu selaras dengan peredaran masa, pembangunan negara, perkembangan ekonomi dan politik
News Editor 1 in Berita Terkini 2 years ago