Berita Terkini 06 Aug, 2021

Berita Terkini| COVID-19: Purata pendapatan isi rumah merosot! Semua negeri catat penurunan!

@news editor 1
Semua kenyataan media/press releases boleh di emel ke [email protected]

Share this


LAPORAN Anggaran Pendapatan Isi Rumah dan Insiden Kemiskinan Malaysia 2020 yang dikeluarkan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) mendapati pendapatan isi rumah pada tahun lalu (2020) mengalami kemerosotan akibat pandemik Covid-19.

Ketua Perangkawan, Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin berkata, pendapatan isi rumah kasar bulanan purata menurun 10.3 peratus untuk merekodkan RM7,089 berbanding RM7,901 pada tahun 2019.

Penurunan tersebut disumbangkan oleh isi rumah atau individu yang mengalami kehilangan atau pengurangan pendapatan terutama mereka yang berstatus pekerja, bekerja sendiri dan lain-lain.

“Bukan sahaja akibat kehilangan pekerjaan, malah turut disumbangkan oleh pengurangan jam bekerja dan peningkatan guna tenaga tidak penuh berkaitan dengan kemahiran.

“Pendapatan isi rumah kasar bulanan penengah yang mencatatkan penurunan 11.3 peratus berbanding pada tahun 2019 dan nilai pendapatan isi rumah kasar bulanan penengah pada tahun 2020 ialah RM5,209 (2019: RM5,873),” katanya dalam kenyataan pada Jumaat, 6 ogos 2021.

Katanya lagi, semua negeri mencatatkan penurunan pendapat isi rumah kasar bulanan purata dan penengah.

Wilayah Persekutuan Putrajaya merekodkan penurunan paling rendah serta kekal merekodkan pendapatan isi rumah kasar bulanan purata dan penengah paling tinggi berbanding negeri lain masing-masing sebanyak RM12,322 dan RM9,743.

Berdasarkan kajian tersebut, katanya, dianggarkan bilangan isi rumah miskin meningkat kepada 639,800 isi rumah pada tahun 2020 berbanding 405,400 isi rumah kepada 8.4 peratus. - KitaReporters


0
0
0
0
0
You will be interested

Berita Terkini| Suntikan vaksin guna picagari kosong! Penyuntik tersilap! CITF-A pohon maaf!

Proses vaksinasi ke atas seorang remaja berusia 12 tahun gunakan picagari kosong berpunca akibat petugas kesihatan tersilap ambil picagari masih belum digunakan

News Editor 2 in Berita Terkini 3 years ago

Berita Terkini| Sesi persekolahan bermula di 3 negeri! Libatkan pelajar SPM, STPM,PPKI dan MBK!

SESI persekolahan secara bersemuka bermula di Terengganu, Kelantan dan Langkawi, Kedah hari ini, selepas enam bulan sekolah di seluruh negara ditutup
News Editor 1 in Berita Terkini 3 years ago

Berita Terkini| 69 kampung orang Asli Pahang terima Internet|Pelaksanaan projek bermula minggu ini!

SEBANYAK 69 kampung orang asli seluruh Pahang bakal menjalani kehidupan lebih se
News Editor 1 in Berita Terkini 3 years ago

Berita Terkini| Pesakit Covid-19 mahu lari tapi terperangkap! Nasib baik diselamat pasukan bomba!

TINDAKAN seorang pesakit COVID-19 yang cuba melarikan diri bertukar cemas apabila terperangkap di tingkat satu Hospital Keningau, Sabah, awal pagi Ahad.
News Editor 1 in Berita Terkini 3 years ago

Berita Terkini| SPRM perlu kaedah baharu cegah rasuah! Tangani ketirisan libatkan dana kerajaan!

PENDEKATAN penguatkuasaan undang-undang mencegah rasuah perlu selaras dengan peredaran masa, pembangunan negara, perkembangan ekonomi dan politik
News Editor 1 in Berita Terkini 3 years ago