Berita Terkini 01 Sep, 2021

Berita Terkini| Kluster tempat kerja, perkilangan punca utama Covid-19 di PP! Sumbang 70% kes!

@news editor 2
Semua kenyataan media/press releases boleh di emel ke [email protected]

Share this

Gambar hiasan... Sektor perkilangan dan industri punca utama kluster tempat kerja menyumbang peningkatan kes Covid-19 di Pulau Pinang. - Kredit foto: rri.co.id


KLUSTER tempat kerja khususnya sektor perkilangan dan industri menjadi punca utama Covid-19 di Pulau Pinang dengan menyumbang 70 peratus daripada keseluruhan kes direkodkan di negeri itu setakat ini.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Pertanian, Industri Asas Tani dan Pembangunan Luar Bandar negeri, Dr Norlela Ariffin berkata sejak 1 Jun hingga 14 Julai 2021, sebanyak 6,222 kes daripada 9,668 kes direkodkan berpunca daripada kluster tempat kerja.

“Kluster tempat kerja khususnya sektor perkilangan dan industri adalah punca utama peningkatan wabak berkenaan di Pulau Pinang.

“Punca jangkitan antaranya menjurus kepada penempatan warga asing memandangkan berlakunya pencampuran antara lebih 10 kilang dalam satu-satu kawasan penempatan atau asrama pekerja.

“Selain itu juga, fasiliti kediaman atau rumah pekerja yang jalani kuarantin didapati tidak sesuai serta jumlah penghuni melebihi kapasiti dihadkan,” katanya dipetik laporan Harian Metro pada 1 September 2021.

Tambah beliau, sehingga 28 Ogos 2021, sebanyak 246 kilang di seluruh Pulau Pinang diarah ditutup selepas dikesan berlakunya kes jangkitan Covid-19 dan jumlah itu jauh lebih tinggi berbanding hanya 17 kilang diarah tutup pada tahun 2020. - KitaReporters


0
0
0
0
0
You will be interested

Berita Terkini| Suntikan vaksin guna picagari kosong! Penyuntik tersilap! CITF-A pohon maaf!

Proses vaksinasi ke atas seorang remaja berusia 12 tahun gunakan picagari kosong berpunca akibat petugas kesihatan tersilap ambil picagari masih belum digunakan

News Editor 2 in Berita Terkini 3 years ago

Berita Terkini| Sesi persekolahan bermula di 3 negeri! Libatkan pelajar SPM, STPM,PPKI dan MBK!

SESI persekolahan secara bersemuka bermula di Terengganu, Kelantan dan Langkawi, Kedah hari ini, selepas enam bulan sekolah di seluruh negara ditutup
News Editor 1 in Berita Terkini 3 years ago

Berita Terkini| 69 kampung orang Asli Pahang terima Internet|Pelaksanaan projek bermula minggu ini!

SEBANYAK 69 kampung orang asli seluruh Pahang bakal menjalani kehidupan lebih se
News Editor 1 in Berita Terkini 3 years ago

Berita Terkini| Pesakit Covid-19 mahu lari tapi terperangkap! Nasib baik diselamat pasukan bomba!

TINDAKAN seorang pesakit COVID-19 yang cuba melarikan diri bertukar cemas apabila terperangkap di tingkat satu Hospital Keningau, Sabah, awal pagi Ahad.
News Editor 1 in Berita Terkini 3 years ago

Berita Terkini| SPRM perlu kaedah baharu cegah rasuah! Tangani ketirisan libatkan dana kerajaan!

PENDEKATAN penguatkuasaan undang-undang mencegah rasuah perlu selaras dengan peredaran masa, pembangunan negara, perkembangan ekonomi dan politik
News Editor 1 in Berita Terkini 3 years ago