Berita Terkini 30 Sep, 2021

Berita Terkini| Fenomena air banjir warna merah di Johor Bahru! Kilang tekstil dipercayai punca!

@news editor 2
Semua kenyataan media/press releases boleh di emel ke [email protected]

Share this

Kejadian air banjir berwarna merah mengemparkan penduduk kerana kali pertama berlaku di Kampung Sri Jaya Baru dan Kampung Pasir, Johor Bahru. - Kredit foto: Gambar tular


PENDUDUK di Kampung Sri Jaya Baru dan Kampung Pasir di Johor Bahru gempar dan cemas setelah kediaman mereka dilanda banjir kilat berwarna merah dalam kejadian pada 30 September 2021.

Fenomena banjir merah berkenaan kali pertama dialami mereka selepas hujan lebat lebih tiga jam sejak awal pagi hingga menyebabkan air melimpah memasuki beberapa rumah penduduk yang tinggal di kawasan rendah.

Ketua Biro Komunikasi Parlimen Pulai, Azmi Misni berkata kejadian air banjir berwarna merah  itu menimbulkan kebimbangan penduduk dan ia dipercayai berpunca dari sebuah kilang tekstil berhampiran.

“Kawasan ini sering dilanda banjir kilat namun kejadian air banjir berwarna merah belum pernah terjadi. Kejadian ini dipercayai berpunca dari kilang tekstil yang sudah ditutup hampir 10 tahun lalu.

“Kita pergi siasat warna itu dari kilang berkenaan. Kemungkinan tong mengandungi bahan pewarna merah terbalik lalu tumpah,” katanya dipetik laporan Kosmo siaran 30 September 2021.

Tambah beliau yang juga mantan Ketua Kampung Pasir, pihak berkuasa seperti Jabatan Alam Sekitar (JAS) dan bomba telah melakukan pemeriksaan ke atas kilang tersebut.

Katanya lagi, kerja-kerja membersihkan kesan tumpahan itu perlu dilakukan segera bagi elak sebarang kejadian tidak diingini berlaku.

Sementara itu, Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Kempas, Mohd Yazid Abdul Rahman berkata  pihaknya telah melakukan pemantauan di kawasan terlibat dan banjir air merah itu telah surut dalam tempoh beberapa jam.

Ujar beliau, setakat ini tiada masalah lain yang timbul serta sebarang kemalangan jiwa dilaporkan dan penduduk  terlibat juga tidak dipindahkan ke kawasan lain. - KitaReporters


15
17
0
13
0
You will be interested

Berita Terkini| Suntikan vaksin guna picagari kosong! Penyuntik tersilap! CITF-A pohon maaf!

Proses vaksinasi ke atas seorang remaja berusia 12 tahun gunakan picagari kosong berpunca akibat petugas kesihatan tersilap ambil picagari masih belum digunakan

News Editor 2 in Berita Terkini 3 years ago

Berita Terkini| Sesi persekolahan bermula di 3 negeri! Libatkan pelajar SPM, STPM,PPKI dan MBK!

SESI persekolahan secara bersemuka bermula di Terengganu, Kelantan dan Langkawi, Kedah hari ini, selepas enam bulan sekolah di seluruh negara ditutup
News Editor 1 in Berita Terkini 3 years ago

Berita Terkini| 69 kampung orang Asli Pahang terima Internet|Pelaksanaan projek bermula minggu ini!

SEBANYAK 69 kampung orang asli seluruh Pahang bakal menjalani kehidupan lebih se
News Editor 1 in Berita Terkini 3 years ago

Berita Terkini| Pesakit Covid-19 mahu lari tapi terperangkap! Nasib baik diselamat pasukan bomba!

TINDAKAN seorang pesakit COVID-19 yang cuba melarikan diri bertukar cemas apabila terperangkap di tingkat satu Hospital Keningau, Sabah, awal pagi Ahad.
News Editor 1 in Berita Terkini 3 years ago

Berita Terkini| SPRM perlu kaedah baharu cegah rasuah! Tangani ketirisan libatkan dana kerajaan!

PENDEKATAN penguatkuasaan undang-undang mencegah rasuah perlu selaras dengan peredaran masa, pembangunan negara, perkembangan ekonomi dan politik
News Editor 1 in Berita Terkini 3 years ago