Berita Terkini 08 Sep, 2021

Berita Terkini| Penjawat awam tolak vaksin Covid-19 perlu beri alasan! CUEPACS kurang gembira!

@news editor 1
Semua kenyataan media/press releases boleh di emel ke [email protected]

Share this


KAKITANGAN awam yang menolak vaksin COVID-19 perlu tampil memberi penjelasan situasi sebenar mereka bertindak demikian supaya tidak timbul persepsi negatif dalam kalangan rakyat terhadap dasar kerajaan.

Presiden Cuepacs, Adnan Mat berkata, kira-kira 30,000 kakitangan terbabit perlu memberi alasan mengapa mereka bertindak demikian sama ada belum sedia atau atas faktor kesihatan supaya tidak memberi implikasi kepada masyarakat.

Pihaknya bertegas dalam hal itu kerana penjawat awam adalah pelaksana dasar kerajaan, justeru perlu lebih dahulu mengamalkan dasar-dasar terbabit berkaitan pemberian vaksin.

Katanya, bagaimana rakyat akan yakin kepada mereka jika pelaksana dasar kerajaan sendiri tidak menerima atau menolak vaksin, sekali gus menyebabkan usaha mencapai imuniti kelompok gagal memenuhi sasaran.

Beliau berkata, sepatutnya kakitangan terbabit perlu menjadi yang pertama menerima dasar yang diperkenalkan sekali gus sebagai contoh kepada umum kerana keengganan mereka menimbulkan pandangan negatif umum.

"Bagaimanapun, kami sedia maklum dengan cadangan untuk dibuat saringan berkala kepada penjawat awam yang menolak vaksinasi, namun kami kurang gembira dengan perkara terbabit kerana vaksin diberi percuma kepada mereka dan seluruh rakyat.

"Justeru kenapa perlu mengeluarkan kos lagi bagi melakukan saringan terbabit. Langkah berkenaan membabitkan sejumlah wang yang boleh digunakan untuk keperluan lain dalam memberi perkhidmatan terbaik untuk rakyat," katanya seperti dipetik Berita Harian, Rabu, 8 September 2021.

Sehingga kini seramai 30,000 penjawat awam yang menolak vaksin termasuk mereka yang mengalami masalah kesihatan, namun kakitangan terbabit perlu tampil memberi sebab. - KitaReporters


11
14
0
14
0
You will be interested

Berita Terkini| Suntikan vaksin guna picagari kosong! Penyuntik tersilap! CITF-A pohon maaf!

Proses vaksinasi ke atas seorang remaja berusia 12 tahun gunakan picagari kosong berpunca akibat petugas kesihatan tersilap ambil picagari masih belum digunakan

News Editor 2 in Berita Terkini 3 years ago

Berita Terkini| Sesi persekolahan bermula di 3 negeri! Libatkan pelajar SPM, STPM,PPKI dan MBK!

SESI persekolahan secara bersemuka bermula di Terengganu, Kelantan dan Langkawi, Kedah hari ini, selepas enam bulan sekolah di seluruh negara ditutup
News Editor 1 in Berita Terkini 3 years ago

Berita Terkini| 69 kampung orang Asli Pahang terima Internet|Pelaksanaan projek bermula minggu ini!

SEBANYAK 69 kampung orang asli seluruh Pahang bakal menjalani kehidupan lebih se
News Editor 1 in Berita Terkini 3 years ago

Berita Terkini| Pesakit Covid-19 mahu lari tapi terperangkap! Nasib baik diselamat pasukan bomba!

TINDAKAN seorang pesakit COVID-19 yang cuba melarikan diri bertukar cemas apabila terperangkap di tingkat satu Hospital Keningau, Sabah, awal pagi Ahad.
News Editor 1 in Berita Terkini 3 years ago

Berita Terkini| SPRM perlu kaedah baharu cegah rasuah! Tangani ketirisan libatkan dana kerajaan!

PENDEKATAN penguatkuasaan undang-undang mencegah rasuah perlu selaras dengan peredaran masa, pembangunan negara, perkembangan ekonomi dan politik
News Editor 1 in Berita Terkini 3 years ago