Berita Terkini 06 Sep, 2021

Berita Terkini| Boleh ziarah kubur di Selangor! 2 orang sekali ziarah! Perlu lengkap vaksinasi!

@news editor 1
Semua kenyataan media/press releases boleh di emel ke [email protected]

Share this


AKTIVITI ziarah kubur di Selangor dibenarkan sepanjang tempoh Fasa 1 Pelan Pemulihan Negara (PPN) mengikut prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan.

Exco Hal Ehwal Agama Islam, Hal Ehwal Pengguna dan Industri Halal Selangor, Mohd Zawawi Ahmad Mughni bagaimanapun berkata, hanya dua waris dibenarkan menziarahi kubur keluarga atau saudara pada satu-satu masa selama 20 minit di tanah perkuburan Islam bersepadu di bawah seliaan pihak berkuasa tempatan (PBT).

Bagi tanah perkuburan Islam kariah di bawah seliaan masjid pula dihadkan tidak melebihi lima orang dengan tempoh ziarah selama 30 minit.

"Pastikan mereka yang hadir memakai pelitup muka, menjaga penjarakan fizikal satu meter, mengimbas aplikasi MySejahtera dan melakukan ziarah pada masa yang dibenarkan sahaja.

"Kebenaran ini diberikan kepada mereka yang telah lengkap menerima dua dos vaksin," katanya seperti dipetik Sinar Harian, Isni, 6 September 2021.

Jelasnya, pengebumian di tanah perkuburan Islam di bawah seliaan masjid pula dibenarkan seramai 20 orang waris dan lima ahli jawatankuasa masjid bagi mengiringi jenazah. - KitaReporters


6
14
0
10
0
You will be interested

Berita Terkini| Suntikan vaksin guna picagari kosong! Penyuntik tersilap! CITF-A pohon maaf!

Proses vaksinasi ke atas seorang remaja berusia 12 tahun gunakan picagari kosong berpunca akibat petugas kesihatan tersilap ambil picagari masih belum digunakan

News Editor 2 in Berita Terkini 3 years ago

Berita Terkini| Sesi persekolahan bermula di 3 negeri! Libatkan pelajar SPM, STPM,PPKI dan MBK!

SESI persekolahan secara bersemuka bermula di Terengganu, Kelantan dan Langkawi, Kedah hari ini, selepas enam bulan sekolah di seluruh negara ditutup
News Editor 1 in Berita Terkini 3 years ago

Berita Terkini| 69 kampung orang Asli Pahang terima Internet|Pelaksanaan projek bermula minggu ini!

SEBANYAK 69 kampung orang asli seluruh Pahang bakal menjalani kehidupan lebih se
News Editor 1 in Berita Terkini 3 years ago

Berita Terkini| Pesakit Covid-19 mahu lari tapi terperangkap! Nasib baik diselamat pasukan bomba!

TINDAKAN seorang pesakit COVID-19 yang cuba melarikan diri bertukar cemas apabila terperangkap di tingkat satu Hospital Keningau, Sabah, awal pagi Ahad.
News Editor 1 in Berita Terkini 3 years ago

Berita Terkini| SPRM perlu kaedah baharu cegah rasuah! Tangani ketirisan libatkan dana kerajaan!

PENDEKATAN penguatkuasaan undang-undang mencegah rasuah perlu selaras dengan peredaran masa, pembangunan negara, perkembangan ekonomi dan politik
News Editor 1 in Berita Terkini 3 years ago