Empat
anggota TUDM maut dalam insiden tembakan di Balai Pengawal Handau Skuadron 330
TUDM, Sarawak. - Kredit foto: Harian Metro
EMPAT anggota Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) maut dalam insiden tembak di Balai
Pengawal Handau Skuadron 330 TUDM, Kota Samarahan kira-kira jam 7.50 pagi pada hari ini, Jumaat 13 Ogos 2021.
Pesuruhjaya
Polis Sarawak, Datuk Aidi Ismail berkata kejadian tersebut difahamkan berlaku sewaktu
masa penyerahan tugas.
“Salah
seorang anggota TUDM dipercayai menembak tiga rakannya sebelum bertindak menembak
dirinya sendiri.
“Dua rakannya
maut di tempat kejadian, manakala seorang lagi cedera parah sebelum meninggal
dunia ketika menerima rawatan di Pusat Jantung Kota Samarahan.
“Sebelum
itu, mangsa yang cedera parah sempat memandu sendiri kenderaan bagi mendapatkan
rawatan di klinik tentera dalam kem tersebut,” katanya menerusi satu kenyataan seperti
dilaporkan oleh Harian Metro, 13 Ogos 2021.
Tambah
beliau, pihak forensik Ibu Pejabat Polis Kontinjen Sarawak dan Forensik Hospital
Umum Sarawak telah hadir ke lokasi kejadian dan siasatan lanjut masih
dijalankan.
Sementara
itu, memetik kenyataan TUDM yang disiarkan Sinar Harian 13 Ogos 2021, pihak TUDM menyerahkan
kes itu kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi menjalankan siasatan.
"Semua
pihak diharapkan tidak menyebarkan sebarang spekulasi sehingga
proses siasatan selesai dijalankan PDRM.
“TUDM
akan menubuhkan satu Lembaga Penyiasatan bagi mengenal pasti punca kejadian,”
katanya. -KitaReporters