Berita Terkini 24 Sep, 2021

Berita Terkini| Tak serik! Lelaki dipenjara kali ketiga kerana hina Agong dalam media sosial!

@news editor 2
Semua kenyataan media/press releases boleh di emel ke [email protected]

Share this

Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur. - Kredit foto: sumber internet


SEORANG lelaki yang pernah dipenjara sebanyak dua kali kerana menghina Yang di-Pertuan Agong dalam media sosial sekali lagi dijatuhkan hukuman penjara oleh Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pada 24 September 2021 atas kesalahan sama.

Hakim MM Edwin Paramjothy menjatuhkan hukuman penjara setahun dan denda RM20,000 terhadap Sharil Mohd Sarif, 38, selaku Orang Kena Saman (OKS) selepas lelaki itu menukar pengakuan kepada bersalah ketika sebutan kes berkenaan.

Memetik laporan Sinar Harian, 24 September 2021, mahkamah turut memerintahkan tertuduh menjalani hukuman penjara bermula tarikh dia ditangkap pada 24 Ogos 2021 dan akan dipenjara enam bulan lagi sekiranya gagal bayar denda.

Tertuduh juga didenda RM1,000 dan jika gagal bayar dipenjara tiga bulan selepas mahkamah mengguna pakai proviso kes tersebut di bawah Seksyen 233 (3) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (di mana setiap kesalahan selepas pensabitan OKS boleh didenda RM1,000).

Ketika menjatuhkan hukuman, Edwin berkata OKS telah melampaui batas dan tindakannya menghina Agong adalah melanggar kebebasan bersuara yang diperuntukkan di bawah Perlembagaan Persekutuan.

“OKS tidak serik, walaupun mahkamah telah memberi beberapa kali peluang, dia tetap mengulangi kesilapan sama,” kata Edwin.

Sharil didakwa membuat dan memulakan penghantaran komunikasi jelik sifatnya terhadap Yang di-Pertuan Agong dengan niat menyakiti hati orang lain.

Dia melakukan perbuatan itu melalui aplikasi Twitter menggunakan nama profil ‘Sharil bin Mohd Sarif’ pada 7.43 pagi, 20 April 2021.

Terdahulu pada 26 April 2019, Sharil dipenjara dua bulan oleh mahkamah sama, atas pertuduhan menghina Yang di-Pertuan Agong melalui perkhidmatan aplikasi Facebook menggunakan profil nama Sharil Chain.

Pada 6 Julai 2020 pula, dia dipenjara 10 bulan atas kesalahan menghina Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong. - KitaReporters


13
8
0
13
0
You will be interested

Berita Terkini| Suntikan vaksin guna picagari kosong! Penyuntik tersilap! CITF-A pohon maaf!

Proses vaksinasi ke atas seorang remaja berusia 12 tahun gunakan picagari kosong berpunca akibat petugas kesihatan tersilap ambil picagari masih belum digunakan

News Editor 2 in Berita Terkini 3 years ago

Berita Terkini| Sesi persekolahan bermula di 3 negeri! Libatkan pelajar SPM, STPM,PPKI dan MBK!

SESI persekolahan secara bersemuka bermula di Terengganu, Kelantan dan Langkawi, Kedah hari ini, selepas enam bulan sekolah di seluruh negara ditutup
News Editor 1 in Berita Terkini 3 years ago

Berita Terkini| 69 kampung orang Asli Pahang terima Internet|Pelaksanaan projek bermula minggu ini!

SEBANYAK 69 kampung orang asli seluruh Pahang bakal menjalani kehidupan lebih se
News Editor 1 in Berita Terkini 3 years ago

Berita Terkini| Pesakit Covid-19 mahu lari tapi terperangkap! Nasib baik diselamat pasukan bomba!

TINDAKAN seorang pesakit COVID-19 yang cuba melarikan diri bertukar cemas apabila terperangkap di tingkat satu Hospital Keningau, Sabah, awal pagi Ahad.
News Editor 1 in Berita Terkini 3 years ago

Berita Terkini| SPRM perlu kaedah baharu cegah rasuah! Tangani ketirisan libatkan dana kerajaan!

PENDEKATAN penguatkuasaan undang-undang mencegah rasuah perlu selaras dengan peredaran masa, pembangunan negara, perkembangan ekonomi dan politik
News Editor 1 in Berita Terkini 3 years ago