Berita Terkini 11 Jul, 2021

Berita Terkini| Anak sulung Allahyarham Azean Irdawaty, Benjy meninggal di Medan! Penyakit asma!

@news editor 1
Semua kenyataan media/press releases boleh di emel ke [email protected]

Share this

BENJY ketika menghadiri perbicaraan melibatkan penyalahgunaan dadah di Mahkamah Indonesia sebelum dijatuhi hukuman  penjara selama 11 tahun. - Kredit foto: Sinar Harian


ANAK kepada aktres terkenal, Allahyarham Azean Irdawaty iaitu Benjy dilaporkan meninggal dunia di sebuah hospital di Medan, Indonesia akibat penyakit asma pada Ahad, 11 Julai 2021.

Berita pemergian Benjy itu dimaklumkan oleh ayah Benjy, Khairil (Karl) Anwar Zainal Mukhtar Rashidi.

"Ben meninggal di hospital Medan Indonesia kerana sakit asma, hari ini (11 Julai)," katanya menerusi WhatsApp yang dipetik oleh Astro Awani pada Ahad, 11 Julai 2021.

Menurut Karl lagi, berita kematian melibatkan anak sulungnya yang berusia 43 tahun itu diketahui selepas dihubungi kawan Benjy.

“Ada kawan Ben telefon saya maklumkan Ben meninggal dunia pukul 11 pagi hari ini,” katanya.

Karl yang kini mengalami strok memberitahu semua urusan pengebumian Benjy akan disempurnakan di Medan.

Pada 2017, Benjy atau nama sebenarnya Khaeryll Benjamin Ibrahim dijatuhi hukuman penjara 11 tahun di Indonesia atas kesalahan cubaan menyeludup dadah jenis syabu. 

Pada 2018, Presiden Persatuan Seniman Malaysia (SENIMAN), Zed Zaidi pernah mengunjungi arwah di Penjara Tanjung Gusta, Medan.

Namun, keadaan kesihatan aktor yang pernah diangkat sebagai Pelakon Lelaki Terbaik, Anugerah Skrin TV3 pada 2002 itu sudah terganggu akibat penyakit asma kritikal dan batuk tanpa henti.

Keadaan arwah masih sama ketika Setiausaha Agong SENIMAN, Hafiz Nafiah berkunjung setahun kemudian, malah penyakitnya dilaporkan semakin teruk. - KitaReporters


Allahyarham Benjy bersama ibunya, seniwati terkenal Allahyarham Azean Irdawaty ketika menghadiri perbicaraan di mahkmah melibatkan kes penyalahgunaan dadah. - Kredit foto: Mynewshub.tv

0
0
4
0
0
You will be interested

Berita Terkini| Suntikan vaksin guna picagari kosong! Penyuntik tersilap! CITF-A pohon maaf!

Proses vaksinasi ke atas seorang remaja berusia 12 tahun gunakan picagari kosong berpunca akibat petugas kesihatan tersilap ambil picagari masih belum digunakan

News Editor 2 in Berita Terkini 3 years ago

Berita Terkini| Sesi persekolahan bermula di 3 negeri! Libatkan pelajar SPM, STPM,PPKI dan MBK!

SESI persekolahan secara bersemuka bermula di Terengganu, Kelantan dan Langkawi, Kedah hari ini, selepas enam bulan sekolah di seluruh negara ditutup
News Editor 1 in Berita Terkini 3 years ago

Berita Terkini| 69 kampung orang Asli Pahang terima Internet|Pelaksanaan projek bermula minggu ini!

SEBANYAK 69 kampung orang asli seluruh Pahang bakal menjalani kehidupan lebih se
News Editor 1 in Berita Terkini 3 years ago

Berita Terkini| Pesakit Covid-19 mahu lari tapi terperangkap! Nasib baik diselamat pasukan bomba!

TINDAKAN seorang pesakit COVID-19 yang cuba melarikan diri bertukar cemas apabila terperangkap di tingkat satu Hospital Keningau, Sabah, awal pagi Ahad.
News Editor 1 in Berita Terkini 3 years ago

Berita Terkini| SPRM perlu kaedah baharu cegah rasuah! Tangani ketirisan libatkan dana kerajaan!

PENDEKATAN penguatkuasaan undang-undang mencegah rasuah perlu selaras dengan peredaran masa, pembangunan negara, perkembangan ekonomi dan politik
News Editor 1 in Berita Terkini 3 years ago