Berita Terkini 05 Sep, 2021

Berita Terkini| Naikkan kapasiti penumpang bas! Pengusaha kian tenat! Rugi puluhan juta ringgit!

@news editor 2
Semua kenyataan media/press releases boleh di emel ke [email protected]

Share this

Gambar hiasan... Kapasiti penumpang 50 peratus dibenarkan ketika ini membuatkan pengusaha bas masih terbeban dan terpaksa tanggung kerugian besar. - Kredit foto: Utusan Malaysia


PERTUBUHAN Pengusaha Bas Bumiputera Malaysia memohon kerajaan menaikkan jumlah kapasiti penumpang bagi menyelamatkan pengusaha bas yang kini kian tenat dan semakin di ambang ‘gulung tikar’.

Presidennya, Che Ibrahim Che Ismail berkata kapasiti penumpang 50 peratus dibenarkan ketika ini menyebabkan lebih 200 syarikat pengusaha bas ekspres dan pengangkutan awam di seluruh negara membuatkan mereka terus berdepan kerugian.

“Syarikat pengusaha dikenakan syarat ketat untuk beroperasi disebabkan halangan pandemik Covid-19 hingga ada yang kini hampir ‘gulung tikar’ menanggung kerugian teruk.

“Kami merayu kerajaan dapat membela nasib pengusaha syarikat bas yang semakin tenat dengan memberi kelonggaran dan perhatian terhadap perkara-perkara berkaitan ini.

“Kapasiti penumpang diharap dapat dinaikkan. Beri kelonggaran beroperasi dengan muatan penumpang lengkap dos vaksinasi pada kapasiti penuh 100 peratus berbanding 50 peratus ketika ini,” katanya dipetik laporan Berita Harian siaran 5 September 2021.

Ujar beliau lagi, kapasiti penumpang menerima vaksinasi lengkap menaiki bas pada kapasiti 100 peratus dilaksanakan seiring peraturan ketat menaiki bas dan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan oleh kerajaan. KitaReporters


13
11
0
10
0
You will be interested

Berita Terkini| Suntikan vaksin guna picagari kosong! Penyuntik tersilap! CITF-A pohon maaf!

Proses vaksinasi ke atas seorang remaja berusia 12 tahun gunakan picagari kosong berpunca akibat petugas kesihatan tersilap ambil picagari masih belum digunakan

News Editor 2 in Berita Terkini 3 years ago

Berita Terkini| Sesi persekolahan bermula di 3 negeri! Libatkan pelajar SPM, STPM,PPKI dan MBK!

SESI persekolahan secara bersemuka bermula di Terengganu, Kelantan dan Langkawi, Kedah hari ini, selepas enam bulan sekolah di seluruh negara ditutup
News Editor 1 in Berita Terkini 3 years ago

Berita Terkini| 69 kampung orang Asli Pahang terima Internet|Pelaksanaan projek bermula minggu ini!

SEBANYAK 69 kampung orang asli seluruh Pahang bakal menjalani kehidupan lebih se
News Editor 1 in Berita Terkini 3 years ago

Berita Terkini| Pesakit Covid-19 mahu lari tapi terperangkap! Nasib baik diselamat pasukan bomba!

TINDAKAN seorang pesakit COVID-19 yang cuba melarikan diri bertukar cemas apabila terperangkap di tingkat satu Hospital Keningau, Sabah, awal pagi Ahad.
News Editor 1 in Berita Terkini 3 years ago

Berita Terkini| SPRM perlu kaedah baharu cegah rasuah! Tangani ketirisan libatkan dana kerajaan!

PENDEKATAN penguatkuasaan undang-undang mencegah rasuah perlu selaras dengan peredaran masa, pembangunan negara, perkembangan ekonomi dan politik
News Editor 1 in Berita Terkini 3 years ago