Berita Terkini 15 Sep, 2021

Berita Terkini| Fasa 2 PPN: 100 pasar tani dibenarkan beroperasi! Libatkan 7 komoditi jualan!

@news editor 1
Semua kenyataan media/press releases boleh di emel ke [email protected]

Share this


SEBANYAK 100 daripada keseluruhan 312 pasar tani telah dibuka di negeri yang berada dalam Fasa 2 Pelan Pemulihan Negara (PPN), melibatkan kira-kira 4,000 peniaga, kata Ahli Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) Datuk Ghazale Muhamad.

Beliau berkata pembukaan pasar tani berkenaan melibatkan tujuh komoditi jualan yang dibenarkan iaitu buah-buahan, sayur-sayuran, hasilan laut, daging, ayam proses, barangan runcit dan produk industri kecil dan sederhana serta makanan dan minuman siap dibungkus.

“Setakat ini hanya Kedah dan Johor yang belum dibenarkan membuka operasi pasar tani kerana masih berada dalam Fasa 1 PPN, manakala di negeri yang telah beralih ke Fasa 2 PPN pula melibatkan lokasi tertentu sahaja.

“Tiada had jumlah gerai yang boleh dibuka sesebuah di pasar tani, namun hanya tujuh komoditi jualan yang dibenarkan dalam tempoh Fasa 2 PPN ini dan kelonggaran pada komoditi jualan lain bergantung kepada prosedur operasi standard (SOP) semasa yang ditetapkan,” katanya seperti dipetik daripada laporan Bernama, Rabu, 15 September 2021.

Mengulas lanjut, Ghazale berkata waktu pengoperasian pasar tani terlibat kekal iaitu bermula 6 pagi hingga 12 tengah hari dan hanya pengunjung yang telah menerima vaksinasi lengkap dibenarkan untuk masuk ke pasar tani terlibat, dengan menunjukkan Sijil Digital Vaksinasi COVID-19 menerusi aplikasi MySejahtera.

“Hari pengoperasian juga tetap seperti jadual biasa sebelum ini kerana pasar tani mempunyai pelanggan tetap, selain peniaga juga ada jadual perniagaan mereka.

“Kita berharap pembukaan pasar tani dapat membantu memulihkan aktiviti perniagaan dan ekonomi peniaga, setelah lama terjejas dengan penularan COVID-19,” katanya. - KitaReporters


19
15
0
6
0
You will be interested

Berita Terkini| Suntikan vaksin guna picagari kosong! Penyuntik tersilap! CITF-A pohon maaf!

Proses vaksinasi ke atas seorang remaja berusia 12 tahun gunakan picagari kosong berpunca akibat petugas kesihatan tersilap ambil picagari masih belum digunakan

News Editor 2 in Berita Terkini 3 years ago

Berita Terkini| Sesi persekolahan bermula di 3 negeri! Libatkan pelajar SPM, STPM,PPKI dan MBK!

SESI persekolahan secara bersemuka bermula di Terengganu, Kelantan dan Langkawi, Kedah hari ini, selepas enam bulan sekolah di seluruh negara ditutup
News Editor 1 in Berita Terkini 3 years ago

Berita Terkini| 69 kampung orang Asli Pahang terima Internet|Pelaksanaan projek bermula minggu ini!

SEBANYAK 69 kampung orang asli seluruh Pahang bakal menjalani kehidupan lebih se
News Editor 1 in Berita Terkini 3 years ago

Berita Terkini| Pesakit Covid-19 mahu lari tapi terperangkap! Nasib baik diselamat pasukan bomba!

TINDAKAN seorang pesakit COVID-19 yang cuba melarikan diri bertukar cemas apabila terperangkap di tingkat satu Hospital Keningau, Sabah, awal pagi Ahad.
News Editor 1 in Berita Terkini 3 years ago

Berita Terkini| SPRM perlu kaedah baharu cegah rasuah! Tangani ketirisan libatkan dana kerajaan!

PENDEKATAN penguatkuasaan undang-undang mencegah rasuah perlu selaras dengan peredaran masa, pembangunan negara, perkembangan ekonomi dan politik
News Editor 1 in Berita Terkini 3 years ago