Berita Terkini 25 Aug, 2021

Berita Terkini| Anggota APM maut kemalangan! Motosikal dirempuh treler langgar lampu merah!

@news editor 2
Semua kenyataan media/press releases boleh di emel ke editor@kitareporters.com

Share this

Mangsa meninggal dunia di lokasi kejadian setelah alami kecederaan parah di bahagian kepala. - Kredit foto: Gambar tular


SEORANG anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) maut selepas motosikal ditungganginya dirempuh sebuah treler di simpang empat lampu isyarat berdekatan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Sungai Petani, Kedah.

Dalam kejadian kira-kira 5 petang pada 24 Ogos 2021, mangsa, Zikri Zafuan, 20, yang bertugas sebagai APM Kuala Muda dan berasal dari Kampung Ternang Dalam, Tanah Merah, Kelantan cedera parah pada bahagian kepala.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Adzli Abu Shah berkata menurut saksi, kejadian kemalangan dipercayai berlaku apabila sebuah treler dipandu oleh seorang lelaki berusia 53 tahun tidak berhenti sewaktu lampu isyarat merah.

“Mangsa dalam perjalanan dari arah bandar ini menghala ke Kuala Ketil. Sebuah treler tiba-tiba melanggar mangsa di bahagian hadapan kanan motosikal, ketika itu mangsa dari lalu laluan simpang kiri sewaktu lampu isyarat hijau.

“Akibat kemalangan itu, mangsa yang alami cedera parah pada kepala meninggal dunia di tempat kejadian manakala pemandu treler tidak alami sebarang kecederaan,” katanya dipetik daripada laporan Utusan Malaysia pada 25 Ogos 2021.

Tambah beliau, mayat mangsa dihantar ke Hospital Sultan Abdul Halim untuk tindakan lanjut dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. KitaReporters


0
0
2
1
0
You will be interested

Berita Terkini| Suntikan vaksin guna picagari kosong! Penyuntik tersilap! CITF-A pohon maaf!

Proses vaksinasi ke atas seorang remaja berusia 12 tahun gunakan picagari kosong berpunca akibat petugas kesihatan tersilap ambil picagari masih belum digunakan

News Editor 2 in Berita Terkini 8 months ago

Berita Terkini| Sesi persekolahan bermula di 3 negeri! Libatkan pelajar SPM, STPM,PPKI dan MBK!

SESI persekolahan secara bersemuka bermula di Terengganu, Kelantan dan Langkawi, Kedah hari ini, selepas enam bulan sekolah di seluruh negara ditutup
News Editor 1 in Berita Terkini 8 months ago

Berita Terkini| 69 kampung orang Asli Pahang terima Internet|Pelaksanaan projek bermula minggu ini!

SEBANYAK 69 kampung orang asli seluruh Pahang bakal menjalani kehidupan lebih se
News Editor 1 in Berita Terkini 8 months ago

Berita Terkini| Pesakit Covid-19 mahu lari tapi terperangkap! Nasib baik diselamat pasukan bomba!

TINDAKAN seorang pesakit COVID-19 yang cuba melarikan diri bertukar cemas apabila terperangkap di tingkat satu Hospital Keningau, Sabah, awal pagi Ahad.
News Editor 1 in Berita Terkini 8 months ago

Berita Terkini| SPRM perlu kaedah baharu cegah rasuah! Tangani ketirisan libatkan dana kerajaan!

PENDEKATAN penguatkuasaan undang-undang mencegah rasuah perlu selaras dengan peredaran masa, pembangunan negara, perkembangan ekonomi dan politik
News Editor 1 in Berita Terkini 8 months ago